Satu kajian dikeluarkan hari ini oleh Telenor Research iaitu cabang penyelidikan Telenor Group, mendapati pengguna muda bagi Internet mudah alih di Malaysia dan Thailand dengan pesat menggunapakai perkhidmatan Internet mudah alih baru, serta bergantung kepada telefon bimbit mereka untuk pelbagai keperluan penyambungan yang tidak dijangka. Paten itu juga menunjukkan terdapat banyaknya peluang pembangunan perniagaan di kawasan Asia Tenggara dalam arena teknologi komunikasi mudah alih.
Kajian Telenor Group-TNS telah dilakukan ke atas lebih 2,600 orang sampel di Malaysia, Thailand, Sweden dan Norway, berumur antara 16 hingga 35 tahun yang mencapai perkhidmatan Internet menggunakan telefon bimbit – satu bentuk demografi yang dikenali sebagai ‘pencetus trend digital’. Dalam industri teknologi dan komunikasi, kumpulan ini dilihat sebagai penerima awal. Trend dan teknologi yang mereka gunapakai, biasanya boleh digunakan untuk membuat jangkaan ke atas sesuatu yang bakal menjadi popular dalam kalangan masyarakat yang lebih besar di negara mereka.
Walaupun pasaran mudah alih di negara-negara Scandinavia sudah terlalu maju di setiap demografi dan membuat lebih banyak pindah turun data, sebahagian pengguna di Malaysia dan Thailand pula dilihat lebih berorientasikan Internet mudah alih berbanding masyarakat Sweden dan Norway – lebih banyak menggunakan platform komunikasi.
Internet mudah alih adalah … bagi pencetus trend digital di Malaysia dan Thailand; masyarakat di negara-negara Scandinavia pula berminat terhadap perkhidmatan pesanan dan perbualan yang dikuasai oleh Internet
Walaupun pada dasarnya prasarana ICT di Malaysia dan Thailand tidak semaju di Norway ataupun Sweden, kedua-dua pasaran berkenaan menunjukkan dengan margin yang besar bahawa mereka lebih terbuka terhadap sebarang teknologi dan perkhidmatan Internet terkini. Antara penemuan paling ketara ialah:
- 81 peratus masyarakat Malaysia dan Thailand menggunakan aplikasi berbual untuk komunikasi harian, sedangkan hanya 44 peratus saja mewakili masyarakat Sweden dan 57 peratus penduduk Norway.
- Beberapa aplikasi terkenal seperti Whatsapp, LINE atau WeChat memiliki populariti berbeza di kalangan empat pasaran berkenaan, manakala hanya satu aplikasi saja yang sama-sama popular di keempat-empat negara iaitu Facebook Chat. Whatsapp dan WeChat adalah aplikasi perbualan yang paling popular di kalangan pencetus trend digital Malaysia, sementara di Thailand pula adalah LINE dan Facebook Messenger. Thailand adalah pasaran kedua terbesar dunia bagi LINE.
- Perkhidmatan SMS masih popular di Malaysia, Sweden dan Norway dengan kira-kira 70 peratus responden masih mengirim SMS setiap hari. Dalam pada itu, di Thailand pula hanya 31 peratus responden menggunakan SMS sekurang-kurangnya sekali dalam sehari – kemungkinan besar disebabkan populariti aplikasi perbualan berasaskan Internet seperti LINE dan Whatsapp.
- Penggunaan aplikasi pesanan berkembang paling pesat di Sweden. Semua lain-lain komunikasi yang diupayakan oleh Internet termasuk perkhidmatan suara Internet, panggilan video, perbualan Internet dan mesej atau komen di media sosial juga meningkat dalam tempoh 18 bulan lalu di Sweden.
“Tahap fleksibiliti atau keanjalan yang ditunjukkan oleh masyarakat di Malaysia dan Thailand dalam penggunaan Internet sangat menakjubkan, malah mengatasi rakyat di Negara-negara Scandinavia. Ia membuktikan kepentingan peranan yang dimainkan oleh Internet mudah alih dalam kehidupan seharian mereka,” kata Brekke. “Ketika kami terus menyediakan berjuta rakyat berpendapatan rendah di kawasan pedalaman Asia Selatan dan Asia Tenggara dengan capaian Internet yang mampu dimiliki untuk semua perkhidmatan, kami juga menumpukan golongan muda yang peka teknologi di pasaran Asia kerana mereka membantu kami mengenalpasti produk dan perkhidmatan yang bakal digunakan secara meluas dalam tempoh pendek dan sederhana.
Memahami tabiat mereka juga membantu kami mengenalpasti di mana ekosistem teknologi baru yang mungkin digunapakai di pasaran mereka,” tambah beliau.
Perbezaan nyata paten penggunaan media sosial oleh masyarakat Negara Scandinavia dan Asia Tenggara.
Penggunaan media sosial di dalam peranti mudah alih menunjukkan jurang perbezaan yang besar di pasaran Asia Tenggara dan Negara-negara Scandinavia.
Negara paling aktif menggunakan media sosial ialah di Thailand dengan 72 peratus daripada mereka yang dikaji mengepos mesej atau komen ke dalam media sosial menggunakan peranti mereka setiap hari, diikuti Malaysia dengan 58 peratus, Sweden 30 peratus dan Norway hanya 11 peratus.
Kepelbagaian tabiat untuk perkhidmatan suara, e-mel dan video
Panggilan suara masih terus digunakan dengan meluas di rantau ini dengan 84 peratus mewakili Thailand, 73 peratus Malaysia, 63 peratus Sweden dan 67 peratus rakyat Norway membuat panggilan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Sebanyak 50 peratus masyarakat Thailand dan Malaysia bertukar-tukar e-mel menggunakan data mudah alih berbanding hanya 31 peratus rakyat Sweden dan 21 peratus Norway.
Sementara panggilan video pula, lebih 30 peratus digunakan oleh masyarakat di Malaysia dan Thailand, manakala hanya 14 peratus oleh rakyat Sweden dan empat peratus Norway.
Prestasi lebih baik dan satu denominator biasa
Kaji selidik itu boleh disimpulkan bahawa di antara pelbagai kefungsian komunikasi mudah alih, pencetus-pencetus trend digital di Malaysia dan Thailand mendahului masyarakat di Negara-negara Scandinavia dalam setiap kategori kerana mereka memilih untuk berkomunikasi menggunakan pelbagai platform termasuk aplikasi, media sosial dan suara.
“Apa yang menyatukan keempat-empat pasaran itu ialah pencetus-pencetus trend digital mereka terus menginginkan media yang diperkaya dengan data dan video. Sikap keperibadian ke arah bersosial dan bergembira secara online adalah pemacu utama penggunaan rangkaian Internet mudah alih, dikenali oleh industri sebagai ‘perkhidmatan suara mudah alih menerusi IP’ (mVoIP). Manakala aplikasi pesanan, komunikasi berkumpulan dan kecekapan adalah faktor tambahan utama yang memacu populariti,” kata Ole Christian Wasenden, Ketua Penyelidik di bahagian Persaingan Telenor Group.