Setiap tahun pasti ada beberapa buah lagu Raya terbaru dipasang dicorong radio. Ada yang sedap dan ada juga kurang sesuai. Kali ini lagu-lagu Raya daripada Dato’ Jamal Abdillah, Hafiz, Awie, Feminin, Maya Karin, Adibah Noor dan ramai lagi disatukan bersama dalam satu album berjudul ’15 Senandung Aidilfitri’.
Sebanyak 15 buah lagu-lagu Hari Raya dimuatkan dalam album kompilasi Raya ini. Terdapat 3 buah lagu terbaik sepanjang zaman iaitu dari Dato’Jamal Abdillah, Feminin dan Ajai. Turut menampilkan 2 buah lagu baru iaitu dari Soo Wincci ‘Salam Aidilfitri’ dan NtahSape2Ntah ‘Syawal Tanpamu’.
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:
- Hadirkan Di Ingatan – Hafiz
- Tak Pisah Kenangan – Awie
- Pulang – Maya Karin
- Warkah – Hafiz, Akim, Datuk Haji Aznil & Aril
- Syawal Tanpamu – NtahSape2Ntah
- Bayangan Ilham – Akim, Nera & Ray
- Salam Aidilfitri – Soo Wincci
- Bersama-sama – Erul & Ema
- Salam Aidilfitri – Dato’ Jamal Abdillah
- Hari Yang Kunanti – Hazama, Adira & Dina
- Eratkan Jalinan – Aril, Fina, Krill & Dina
- Kurniaan Di Hari Raya – Feminin
- Ramadan Dan Syawal – Adibah Noor
- Rindu Di Aidilfitri – Ajai
- Memori Hari Raya – Dato’ Jamal Abdillah
Penulis sendiri menyukai lagu Pulang dendangan pelakon cantik manis Maya Karin. Boleh dikatakan lirik lagunya straight forward mudah difahami manakala irama lagu sungguh santai, catchy dan mudah dinyanyi bersama. Diharap agar lagu ini menjadi pilihan pendengar setiap tahun dan tidak terkubur begitu sahaja kerana Pulang menampilkan sebuah lagu yang cukup segar dan unik.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album 15 Senandung Aidilfitri di pasaran dengan harga RM23.90.