1. Selfie sepuasnya dengan fungsi kamera kedua (hadapan) 5 MP
Budaya selfie di mana -mana sekarang dan mengambil gambar secara selfie tentu lebih puas dengan menggunakan kamera hadapan kerana kita dapat melihat hasil gambar secara terus (seperti cermin) . Namun resolusi gambar untuk kamera hadapan selalunya kecil . Sebaliknya HTC Desire 816 menyediakan kelebihan 5 MP untuk kamera keduanya. Cukup besar berbanding model telefon pintar lain yang ada di pasaran (terutama untuk telefon pintar midrange ) dan inilah sebab penulis menghighlightkan fungsi kamera keduanya dahulu berbanding kamera utama. Kalau anda adalah ratu dan raja selfie, anda tentu akan jatuh cinta dengan model ini.
2. Kualiti gambar yang menakjubkan menggunakan fungsi kamera utama (belakang) 13 MP
Fungsi kamera 13 MP ini cukup besar dan anda boleh abadikan detik indah hidup anda hanya menggunakan telefon pintar yang boleh dibawa sepanjang masa.(Tidak perlu lagi bawa kamera) . Jadi bolehlah anda muatnnaik gambar yang cantik–cantik dan berkualiti ke dalam akaun Instagram dan Facebook. Just let the pictures talk.
3. Skrin besar – 5.5 inch, HD720
Penggunaan telefon bimbit sekarang bukan sahaja terhad kepada aktiviti menelefon dan SMS sahaja . Telefon pintar yang bercirikan skrin besar ini akan membuatkan aktiviti melayari internet ( yang memerlukan anda membaca di skrin) , menonton video, view dan browse gambar menjadi lebih puas, mudah dan menyeronokkan.
4. Penggunaan internet yang lancar dan tiada lagging.
Menghadap telefon lag atau hang adalah situasi yang stressful dan menjengkelkan.Namun, sepanjang penulis menggunakan telefon ini, semuanya lancar dan menjadi mudah. Memang tiada lagging. Telefon ini mempunyai CPU Speed Qualcomm® Snapdragon™ 400, 1.6 GHz, quad-core.
5. Sistem audio yang mantap
Jika anda mementingkan kualiti audio dalam memilih telefon pintar, kelebihan dual stereo BoomSound speakers ini juga tidak mengecewakan. Jadi anda boleh mendengar muzik dan menonton video di telefon pintar dengan kualiti audio yang tip-top.
6. Rekaan yang bergaya
Selain fungsi dalaman, rupa luaran HTC Desire 816 ini juga tidak kalah dan tenggelam. Rekaannya yang ultratipis, sophisticated dan tampak mahal adalah salah satu faktor yang akan menarik minat pembeli. telefon pintar kini adalah sebahagian daripada gaya hidup dan penting untuk memiliki model yang cantik fizikalnya supaya kelihatan bergaya. HTC Desire 816 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Vanilla White dan Glossy Blue .
7. Harga yang berbaloi-baloi
Diklasifikasikan sebagai mid range smartphone, semua kelebihan yang penulis telah senaraikan di atas boleh dimiliki dengan harga serendah RM 1, 119 eksklusif di semua pengedar rasmi Maxis dan HTC . Melihatkan rekaannya, langsung tak kelihatan seperti mid range smartphone.
8. Ciri -ciri lain
Platform : Android™ dengan HTC Sense® , HTC BlinkFeed™
Memori : 8 GB (dalam telefon) , Memori tambahan menggunakan microSD sehingga 128GB (kad tidak termasuk) ,RAM : 1.5 GB
Bateri : Embedded rechargeable Li-polymer battery , Capacity: 2600 mAh
Secara ringkasnya, HTC Desire 816 adalah telefon pintar yang tampak bergaya dari segi luarannya, kualitinya kameranya memuaskan, berfungsi pantas dan yang paling penting, harganya amat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HTC.
Rate : 4.8/ 5 stars