Penulis rasa tertarik untuk berkongsi resepi dari Maagchi.com yang menampilkan pelbagai resepi makanan Korea yang nampak lazat lagi menyelerakan. Ini penulis kongsikan cara membuat gimbap yang sedap lagi mudah. Sebelum itu, gimbap itu apa? Gimbap adalah seaweed roll diperbuat daripada rumpai laut (dried seaweed) dan beras.
Resepi ini menggunakan banyak bahan-bahan yang berwarna-warni sekaligus menaikkan selera anda. Untuk filling, anda boleh cuba lobak merah, telur, bayam, pickle, timun, crab sticks dan juga daging lembu.
Bahan-bahan – untuk 2 hingga 3 orang makan
- 5 helai seaweed paper, dibakar sedikit
- 4 cawan nasi (korean sticky rice)
- 1/2 paun daging lembu – dipotong nipis
- 1 lobak merah besar, potong batang mancis (kira-kira 1 ½ cawan)
- 5 jalur jeruk lobak jeruk kuning (radish)
- 8 hingga 10 auns bayam (1 tandan kecil), dicelur, dicuci dengan air sejuk
- 3 biji telur
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu teh sos soya
- 1 sudu besar gula perang atau gula putih biasa
- 1 ½ sudu teh garam
- 2 ½ sudu besar minyak bijan
- minyak sayuran
Cara membuatnya
Beras/Nasi
Letakkan nasi yang baru masak ke dalam mangkuk besar. Perlahan-lahan campurkan ½ sudu kecil garam dan 2 sudu teh minyak bijan ke dalam nasi. Biarkan ia sejuk, tutup dan ketepikan.
Bayam
Campurkan bayam dicelur, 2 ulas bawang putih cincang, ½ sudu teh garam, dan 2 sudu teh minyak bijan dalam mangkuk. Gaul dengan tangan dan letakkannya di pinggan yang besar dengan hirisan jeruk lobak kuning.
Lobak
Lobak dihiris nipis dan dicampurkan dengan ¼ sudu teh garam. Gaul sebati dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Panaskan kuali dan tambah beberapa titik minyak sayur-sayuran. Kemudian tumis selama 1 minit. Meletakkannya di pinggan di sebelah bayam.
Daging Lembu
Daging lembu dipotong nipis, tambah 2 sudu kicap, 1 hirisan nipis bawang putih, ¼ sudu teh serbuk lada hitam, 1 sudu gula perang atau gula biasa dan 2 sudu teh minyak bijan.
Gaul dengan tangan. Diketepikan untuk diperap. Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan masak daging yang diperap, kacau sehingga masak. Ketepikan.
Telur
Pecahkan 3 biji telur dan tambah ¼ sudu teh garam. Panaskan kuali, perlahankan api rendah dan tuangkan campuran telur ke dalam kuali. Pastikan mendapat bentuk bulat memenuhi ruang kuali. Selepas masak, dipotong panjang.
Sekarang anda boleh gulung gimbap.