‘We Are Flowers’ : Koleksi Kasut Jelly Melissa Musim Bunga 2014

Wanita umpama bunga di dunia. Begitulah perbandingan wanita dan juga bunga yang berkembang mekar di sepanjang musim bunga ini. Jenama kasut jelly popular dari Brazil, Melissa menggunakan tema bunga We Are Flowers untuk koleksi kasut terbaru mereka.

Koleksi ini dibahagikan kepada empat mood iaitu :

Hyperbotanic : Inspirasi romantik, dengan sentuhan retro.

Technokitsch : Atmosfera Kitsch dengan cetakan dan kombinasi berani.

Urban bloom : Inspirasi kasut tahun 90-an, dengan inspirasi estetika campuran futurism dan keselesaan.

Flower Lab : Tekstur dan transparensi, di mana pengaruh teknologi baru dan botani bertemu untuk mewujudkan keinginan abadi.

Harga kasut di butik ini pula di antara RM259 ke atas dan koleksi kasut Melissa boleh didapati di Lot F-206A, 1st Floor, The Gardens Mall, Mid Valley atau layari https://www.facebook.com/MelissaShoesMalaysia

IKLAN

IKLAN
'We Are Flowers' : Koleksi Kasut Jelly Melissa Musim Bunga 2014kasut jelly melissakoleksi kasut terkinimelissa shoes malaysiamelissa ss14