Ada diantara anda yang selalu lapar pada waktu malam dan kadang-kadang bingung tidak tahu apa yang perlu dimakan supaya berat tidak bertambah. Anda masih boleh makan sesuatu, akan tetapi anda perlu mencari makanan ringan yang betul. Elakkan dari makan 300 kalori atau lebih dan tunggu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda tidur selepas makan snek terakhir malam itu. Kami kongsikan 10 jenis snek sihat yang boleh anda cuba.
1. Bijirin
Dengan kandungan serat yang tinggi, bijirin adalah makanan ringan tengah malam terbaik. Ia dapatkan dicerna dengan mudah dan juga akan membantu memuaskan rasa lapar anda. Bijirin Multi-grain, crispies beras, emping memenuhi kriteria makanan ringan sihat di tengah malam.
2. Oatmeal
Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Anda boleh menambah buah-buahan dan susu dan makan bersama-sama dengan oatmeal anda.
3. Buah-buahan
Anda boleh cuba makan buah kegemaran anda sebagai pilihan. Terdapat banyak buah yang sesuai antaranya pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Anda boleh juga membuat jus buah-buahan ataupun smoothie.
4. Kekacang
Sumber tertinggi protein selepas bijirin dan lentil adalah kacang. Anda boleh cuba makan badam, pecans, walnut, pistachio untuk mengurangkan rasa lapar dan mendapat khasiat Vitamin E.
5. Susu
Segelas susu badam amat baik untuk memulihkan tenaga di dalam badan. Walau bagaimanapun anda juga boleh cuba susu lembu biasa atau susu serbuk dan menikmati ia sama ada sejuk atau panas.
6. Sayuran
Sayuran sesuai bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan dan dalam masa yang sama ingin menghilangkan rasa lapar lewat malam. simpanan vitamin, mineral, dan fitonutrien yang boleh digunakan oleh badan anda untuk penyembuhan semalaman dan khasiat. Anda boleh menyediakan hidangan sayur-sayuran terlebih dahulu jika anda bercadang untuk berjaga lewat malam.
7. Keju Cottage
Satu setengah cawan keju Cottage mengandungi 16 gm protein tetapi hanya mempunyai 102 kalori dan dua gm lemak. Ini adalah berbeza sama sekali dengan lain-lain jenis keju yang mengandungi banyak lemak. Samada anda boleh mencampurkan dengan buah-buahan atau makan dengan biskut oatmeal.
8. Daging ayam
Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot anda tetapi juga akan membuat anda rasa kenyang tanpa menambah berat badan anda. Jadi, jika anda mengidam sesuatu sebelum anda tidur, makan daging tanpa kulit yang digrill ataupun bakar untuk membantu anda lebih kenyang sehingga pagi.