[ Info Fesyen ] Coach buka lokasi baru di Pusat Beli Belah The Gardens

Coach, syarikat pereka aksesori mewah Amerika yang terkemuka, dengan bangga mengumumkan pembukaan kedai konsep baru di Malaysia, yang terletak di tingkat bawah pusat beli belah The Gardens.

Direka oleh Kumpulan Arkitek Coach, ruang jualan dengan saiz 2,411 kaki persegi yang menawarkan pelbagai pilihan untuk kedua-dua jantina akan mencerminkan konsep reka bentuk jenamanya yang tersendiri. Bahagian depan kedainya akan menampilkan panel-panel dengan corak utama C milik Coach yang bersalut dalam kaca dan hiasannya akan menggabungkan lekapan lakuer putih yang licin tinggi dan keluli tahan karat berkilat yang menyerlah.

Pelbagai pilihan produk-produk wanita yang ditawarkan termasuk beg tangan, barangan kulit kecil, pakaian luar, kasut, barang kemas, jam tangan, dan cermin mata hitam. Ruang lelaki akan merangkumi pelbagai pilihan produk yang penuh termasuk beg, barangan kulit kecil, kasut dan pakaian luar. Sempena pembukaan kedai konsep baru, Coach akan melancarkan koleksi Coach + Billy Reid dan beg Harper Triple Zip yang bergaya secara eksklusif di The Gardens Mall.

IKLAN
IKLAN
[ Info Fesyen ] Coach buka lokasi baru di Pusat Beli Belah The Gardenscoachcoach buka lokasi baruinfo tentang coachjenama coach