[ LOOKBOOK #3 ] Inspirasi fesyen santai stylo menggunakan boyfriend jeans ( 2 gambar )

Untuk Lookbook #3 Wanista.com, kami memaparkan fesyen menggunakan boyfriend jeans untuk kelihatan santai tetapi dalam masa yag sama nampak moden dan sederhana. Untuk fesyen kali ini, kami menggunakan tshirt bersaiz besar ( M ke atas ) dan juga jeans bersaiz besar.

Apa itu boyfriend jeans

Boyfriend Jeans sebenarnya adalah bertentangan dengan Skinny Jeans. Bukannya ketat, tetapi jeans ini lebih longgar dan santai – seolah-olah anda memakai seluar jeans lelaki.

Padanan sesuai

Outer – Jacket blazer apa-apa warna. Tetapi jaket jeans tidak digalakkan.

Aksesori – Bersaiz besar dan berwarna emas untuk padanan tshirt hitam. Tetapi anda juga boleh mengenakan aksesori neon untuk tampak lebih BERANI.

Kasut – Kasut kulit berwarna hitam atau coklat. Untuk nampak lebih maskulin, kenakan but paras buku laki tanpa tumit. Bagi anda yang mahu nampak feminin, kenakan kasut bertumit. Mudah saja.

Beg – Pilih beg bertali panjang untuk nampak lebih ‘loose’ dan tidak terlalu uptight.

IKLAN

Tali Pinggang – tali pinggang kulit  berdiameter tebal ( buckle belt ) amat sesuai dikenakan untuk nampak maskulin.

IKLAN
[ LOOKBOOK #3 ] Inspirasi fesyen santai stylo menggunakan boyfriend jeans ( 2 gambar )fesyen boyfriend jeansfesyen hijabfesyen muslimahgambar fesyen terkinigayakan boyfriend jeanshijab fesyeninspirasi fesyen muslimahlookbook fesyen