LASIK: Fakta dan Mitos

Lasik (Laser-Assisted In Situ Keratomileusis) merupakan salah satu keajaiban dalam dunia teknologi dan perubatan moden – ianya satu kemampuan untuk memperbaiki penglihatan mata yang terjejas tanpa menggunakan cermin mata atau contact lense. Lasik menjadi semakin popular semenjak beberapa tahun lepas, sehingga dilaporkan bahawa Singapore National Eye Center (SNEC) melakukan prosedur lasik 5000 kali setiap tahun.

Namun terdapat beberapa mitos berkaitan lasik. Profesor Donald Tan, Pengarah Perubatan dari SNEC, menjawab beberapa kesalahfahaman konsep tentang LASIK.

 

Mitos: LASIK dilakukan dengan menggunakan program komputer sehingga dapat dilakukan dengan baik oleh setiap klinik, sehingga yang perlu dipertimbangkan dalam memilih tempat rawatan LASIK hanyalah harga.

Fakta: Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan selain daripada harga. Ini termasuk reputasi klinik/pusat mata dan pelbagai pilihan perawatan yang ada ditawarkan. Seperti juga pembedahan biasa, kepakaran pakar bedah dan tahap rawatan yang ditawarkan oleh klinik/pusat mata merupakan salah satu elemen penting. Doktor biasanya akan menilai kesesuaian pesakit dan jenis prosedur yang diperlukan sebelum melakukan LASIK. Seperti juga pembedahan biasa yang lain, LASIK juga ada potensi untuk berlakunya komplikasi. Jadi pilihlah klinik yang menawarkan perawatan lebih lanjut untuk mencegah dan/atau mengubati komplikasi yang mungkin terjadi.

 

Mitos: LASIK sesuai untuk semua orang.

Fakta: Tidak semua orang sesuai untuk LASIK. Mereka yang memiliki kornea tipis tidak sesuai untuk LASIK. Walau bagaimana pun, hanya sejumlah kecil orang saja (sekitar 10 persen atau kurang) yang mungkin kurang sesuai.

 

IKLAN

Mitos: LASIK tidak bersifat individual, iaitu rawatan adalah sama untuk semua orang.

Fakta: LASIK dapat disesuaikan dengan mata masing-masing individu dan sesuai dengan keperluan.

 

Mitos: LASIK menggunakan tenaga yang panas dan pesakit dapat menghidu bau kornea yang terbakar semasa rawatan.

Fakta: Laser yang digunakan adalah bersifat “dingin” dan tiada tenaga panas digunakan untuk memperbaiki kornea. Namun, masih ada tindakbalas pengewapan yang mungkin menimbulkan beberapa bau sepanjang prosedur rawatan berlangsung.

 

Mitos: LASIK merupakan teknologi perubatan yang masih baru dan belum memiliki kajian yang bersifat jangka panjang.

Fakta: LASIK pertama kali dilakukan 20 tahun yang lalu tahun 1989 oleh seorang doktor mata di Yunani dan kemudian diperkenalkan di Amerika tahun 1990. 10 tahun setelah LASIK pertama kali dilakukan, jutaan rawatan LASIK yang dilakukan di seluruh dunia telah membuktikan tidak ada komplikasi jangka panjang yang tidak diingini pernah berlaku.

 

Mitos: Ada kemungkinan terjadi ketidaktepatan semasa ‘menembak’ laser LASIK ke dalam mata, iaitu apabila berlakunya pergerakan bola mata yang tidak disengajakan, dan ada risiko berlakunya pancaran laser yang salah ke kawasan mata yang tidak sepatutnya.

Fakta: LASIK mempunyai teknologi yang dapat mengesan gerakan mata, walau gerakan sekecil manapun semasa prosedur dilakukan. Teknologi dalam lasik boleh mengesan dengan cepat posisi mata sehingga 4.000 kali per saat dan ini membantu pancaran laser yang tepat.

 

Mitos: LASIK adalah kekal dan kesannya adalah untuk selama-lamanya.

Fakta: Ya, hasil LASIK adalah kekal dan sekali mata anda dilasik, sangat jarang penglihatan anda menjadi buruk seperti sebelum dilasik. Tetapi mata anda masih boleh berubah bentuk, terutama pada mereka yang berusia muda yang mana miopia belum sepenuhnya stabil. Selain itu, dengan bertambahnya usia, anda mungkin memerlukan cermin mata untuk membaca dan ini sangatlah ‘normal’ terutama setelah usia anda melebihi 40 tahun.

IKLAN
butacantikcermin mata percumacontact lenselasikmatamata besarmata komikrawatan mata