5 Tips Membina Hubungan Cinta Yang Realistik, Bukan Fantasi

 

IKLAN

Pernah tak anda lihat pasangan yang bergaduh di khalayak ramai? Kadang-kadang sampai tak hiraukan orang di sekeliling. Kita nampak pasangan bergaduh nak membeli barang di kedai, bergaduh semasa nak memilih makanan di dalam menu, bergaduh nak pilih warna langsir atau perkara remeh seperti manis pahit kopi. Tetapi kalau dah melarat, boleh membawa kepada pengakhiran hubungan.

Jadi bagaimana nak menjadikan satu-satu hubungan tu lebih realistik? Bukan nampak sempurna pada permukaan tetapi retak seribu di dalam hati? Okay mari cuba teknik ni.

1. Beritahu keadaan sebenar kamu pada teman rapat. Tapi tak bermakna kamu perlu buka segala rahsia rumah tangga pada orang lain. Kamu bagi gambaran yang kamu juga normal seperti pasangan lain,ada pasang surut. Laut pun ada tsunami, inikan pula hubungan sesame manusia. Ceritakan bagaimana kamu menguruskan isu perhubungan kamu dan kongsikan tips jika ada.
2. Setiap perhubungan mana ada yang sempurna tapi tak bermakna setiap kali bergaduh pun nak minta cerai atau putus. Asalkan anda tidak terperangkap dengan perasaan anda yang terpendam tu. Setiap kali bergaduh, anda harus pastikan pasangan anda tidak menyimpan dendam di dalam hati dan belajar maafkan pasangan anda.

3. Kadang-kadang kita juga ada terfikir kenapa ada pasangan yang sentiasa nampak sempurna dan menunjukkan terlebih kasih sayang antara mereka di khalayak ramai. Adakah mereka benar-benar bahagia? Adakah mereka tidak pernah bertengkar atau bergaduh?  Oleh sebab masyarakat kita ni dah banyak disuapkan dengan filem-filem romantik, maka mereka pun mahu hubungan yang sebegitu, bak kata orang sentiasa lovey dovey . Memang tidak dinafikan ada bertuah mempunyai pasangan yang ‘hampir sempurna’ dari segi rupa, akhlak, harta dan kedudukan, tapi anda perlu ingat, manusia ini dilahirkan tidak 100% sempurna. Jika anda mahukan pasangan yang baik, anda perlu pastikan diri anda juga baik atau perbaiki segala kelemahan yang mampu anda perbaiki. Bersedia untuk ditipu, dicurangi, dikasari dan lain-lain. Bila pasangan asyik memikirkan yang indah-indah je, susah mereka nak handle jika berlaku perkara yang dinyatakan tadi. Mereka mati akal dan tak tahu nak buat apa.

4. Jangan tak tahu, ada juga mereka yang sudah berkahwin atau sudah mempunyai kekasih, suka berfantasi mengenai orang lain. Ada yang sampai menyinggung perasaan pasangan kerana kerap membandingkan wanita/lelaki fantasi mereka dengan pasangan mereka. Adakah itu adil? Fantasi itu normal tetapi biarlah ada had. Tipulah kalau kadang-kadang minda nakal kita ni nak boyfriend macam Liam Hemsworth ke, Fahrin Ahmad ke atau seperti Lisa Surihani ke kan?  Anda boleh salurkan fantasi-fantasi itu ke arah positif untuk memaniskan lagi hubungan cinta kamu. Contohnya seperti bergurau senda mengenai fantasi pasangan atau membuat lawak jenaka. Mesti seronok!

5. Banyak perhubungan cinta yang mekar, banyak juga yang berakhir di tengah jalan. Satu benda yang kamu perlu elakkan adalah berfikir yang perkara buruk dalam perhubungan takkan berlaku pada diri kamu. Memang. Semua orang mahukan perhubungan yang kekal sampai ke akhir hayat. Tetapi tak semua hubungan boleh berakhir dengan baik. Jadi realistik dengan menganggap semua perkara dalam perhubungan ada kemungkinan yang baik mahupun tidak. Mungkin bagi sesetengah orang, pemikiran sebegini adalah pemikiran negatif tetapi dalam setiap perhubungan anda tidak boleh meletakkan 100% kepercayaan kerana jika hubungan anda gagal, anda akan merana dan menderita.Letakkan 10% perasaan ragu-ragu terhadap pasangan, bak kata orang putih, “Just in case”.

Jadi cuba tips di atas untuk membantu anda membina hubunga yang lebih realistik, bukan sekadar fantasi seperti di dalam filem. Semoga berjaya!

 

IKLAN
cinta dan perhubunganhubunga realistik bukan fantasitips cinta