Dengan harapan inovasi baharunya ini akan berjaya memikat para peminat gajet praktikal dan versatile, Neffos yang merupakan sebuah jenama keluaran syarikat pembekal khidmat rangkaian terkemuka TP-Link itu baru-baru ini melancarkan dua lagi model telefon pintar yang dilengkapi teknologi terkini iaitu Neffos X1 dan Neffos X1 Max.
Apa yang menarik, olahan ciptaan telefon pintar jenis Android ini ditawarkan dalam dua format iaitu satu dengan 2GB RAM dan 16GB simpanan manakala yang satu lagi dengan 3GB RAM dan 32GB simpanan dalaman. Kedua-dua model memiliki slot microSD.
Dimensi untuk Neffos X1 adalah 142 x 71 x 7.95mm bahkan memiliki bateri 2,250 mAh.
Jika anda perhatikan, Neffox X1 Max mempunyai reka bentuk yang sedikit lebih besar dari Neffos X1. Ia turut dilengkapi paparan 5.5 inci dengan 1080 piksel bersama bateri 3,000 mAh.
Neffos X1 dan X1 Max didatangkan dalam 2 warna berbeza iaitu Kelabu (Cloudy Grey) dan Emas (Sunrise Gold). Neffos X1 boleh dibeli pada harga RM769 untuk format 2GB RAM manakala RM849 untuk 3GB RAM.
Neffos X1 Max pula bermula pada harga RM999 untuk 3GB RAM dan RM1199 untuk 4GB RAM.
Model terkini dari Neffos ini akan mula berada di pasaran sekitar Mac akan datang.
Bukan itu sahaja, Neffos X Series akan hadir dengan waranti selama dua tahun untuk beberapa masalah teknikal pilihan serta masalah berkenaan keretakan skrin mahupun pecah.
Khas untuk semua, TP-Link turut mengumumkan tempoh promosi di Lazada Malaysia di mana 50 pembeli pertama akan berpeluang mendapatkan aksesori percuma untuk Neffos X1 2GB RAM dengan 16GB ROM rona Cloudy Grey seperti Groovi Bluetooth Speaker bernilai RM159, pelindung skrin dan kes telefon.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.neffos.my atau lawat laman Facebook rasmi Neffos Malaysia di www.facebook.com/neffos.my