Umum tahu tentang masalah yang menyelubungi kehidupan Kim Kardashian dan pasangannya selepas kes rompakan di Paris pada Oktober lalu. Suami beliau Kanye West dikhabarkan menghadapi masalah mental ‘temporary psychosis’ dan mendapat rawatan pemulihan di UCLA Medical Center selama 10 hari.
Apa yang menimbulkan soal berantakan rumah tangga bintang program realiti apabila ada sumber memberitahu Kim dan anak-anaknya kini tinggal bersama ibu beliau Kris Jenner, manakala Kanye West tinggal di kawasan kejiranan Los Angeles sebagai pesakit luar.
Lagi memburukkan keadaan apabila muncul kenyataan ‘Kanye sudah tidak banyak berjumpa dengan anak-anak selepas rawatan dan Kim tiada rancangan untuk tinggal bersama semula’ serta ‘Kim seperti tidak mahu lagi meneruskan hubungan suami isteri dan menginginkan penceraian’.
Namun semua itu adalah ‘khabar angin’ buruk yang cuba menjatuhkan pasangan sejoli ini.
Alkisah sebenar yang diutarakan dari pihak DailyMail pula mereka berdua kelihatan biasa sama seperti pasangan suami isteri yang lain dan Kim memainkan peranan isteri yang baik terhadap Kanye sepanjang rawatan suaminya di hospital.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah kali pertama cerita tentang kegoyahan rumah tangga pasangan selebriti Hollywood ini disebut-sebut.