Alahai.. segan pula bila lelaki kini lebih mahir dan popular dalam bidang solekan. Apa yang menarik, mereka kreatif dan berani bermain warna, highlight serta ringkas untuk setiap sesi toturial solekan yang di ajar.
Jom kita ambil inspirasi solekan dari mereka. Bagi yang takut untuk berbulu mata palsu, nah! Cabar diri anda.
Solekan dengan kesan highlight di tulang pipi dan bibir seolah-olah wajah kelihatan segar, sesuai untuk solekan menghadiri parti malam. Bagi Manny, kaum lelaki juga boleh menggunakan kecantikan kosmetik seperti wanita. Anda rasa?
Lucu setiap kali menonton tutorial dari Patrick Starrr, beliau suka buat mimik muka yang kelakar tetapi hasilnya cukup WOW! Solekan ‘Glamour Look’ dengan pembayang mata warna coklat dengan sedikit kilatan mampu membuat semua terpukau.
3) Jeffree Star
Yeah! Kuasa Merah Jambu dari Jeffree Star, penyanyi hip terkenal Amerika dan kini meningkat naik dalam bidang kecantikan sehingga mengeluarkan jenama solekannya sendiri iaitu Jeffree Star Cosmetics. Gaya solekan merah jambu menjadi pilihan Jeffree, ringkas dan tidak keterlaluan.
4) Bretman Rock
Baru sahaja berusia 16 tahun ! Sudah mengumpul sebanyak 6.3 juta pengikut di Instagram. Bretman selalu menonjolkan solekan mata yang tebal dan smokey look. Beliau yang berasal dari Filipina dan kemudian berhijrah di Hawaii ini juga selalu menaik turun video kelatah lucu bersama rakan baik. Bagi yang ingin mendapatkan solekan mata galak dan kening tebal. Tekan ‘Follow’ di akaun Bretman Rock.
5) Tim O
Benar-benar kreatif ! Gaya solekan yang diambil ialah dari setiap bungkusan makanan. Tim O atau lebih dikenali sebagai Skelotim di laman instagramnya cukup bijak mengolahkan warna kepada bentuk solekan. Walaupun botak dan berjambang halus tidak menjadi masalah bagi Tim untuk menyolek wajahnya sendiri. Pembayang mata hijau frosty serta lipstik matte coklat gelap boleh dijadikan inspirasi untuk solekan setiap hari anda.
Rasa tercabar tak ? Dan apa kata anda mengenai mereka ini ?