Bulu mata yang panjang sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Siapa yang tidak mahu kelihatan manis bukan?
Bulu mata yang panjang dan melentik bisa menambah seri kepada rupa serta menampakkan penampilan diri yang lebih sensasi, ditambah pula dengan sapuan maskara, sudah tentu wajah anda kelihatan anggun bergaya bak peragawati supermodel yang siap untuk berjalan megah di atas pentas.
Sebagai alternatif, bulu mata palsu sering digunakan sebagai sebahagian rutin solekan untuk menampilkan ilusi bulu mata yang lebih dramatik. Ianya agak remeh, kerana kemungkinan bulu mata palsu tidak akan tahan dan kekal lama pada kelopak mata anda saban hari.
Oleh itu, tahukan anda sebenarnya ada cara lain untuk memanjangkan bulu mata secara semula jadi? Ini dia Wanista kongsikan!
Vaseline
- Dapatkan berus maskara lama yang tidak digunakan lagi.
- Dengan sabun, basuh lebihan maskara yang melekat pada berus sebersih-bersihnya.
- Taburkan sedikit bedak bayi di atas tapak tangan, lalu salutkan bedak berkenaan pada berus maskara yang telah bersih itu tadi.
- Tanpa perlu membuang sisa bedak yang melekat pada berus, anda terus sapukan Vaseline pada berus maskara dan langsung sikatkan ia pada bulu mata.
- Lakukan secara tertib setiap hari. Ia mungkin mengambil masa selama 5 minggu sebelum anda nampak perubahannya.
Pelembap Bibir
- Gunakan pelembap bibir untuk bantu melentikkan bulu mata selain bisa membantu memanjangkannya.
- Gunakan pelembap bibir yang berperisa kerana ia lebih berkesan.
- Pastikan ia tidak mengandungi bahan methol kerana dikhuatiri mata anda akan pedih nanti.
- Sapu ia pada bulu mata anda perlahan-lahan. Sapukan seperti gincu dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri pada bulu mata.
- Tekan pelembap bibir itu sehingga mengenai permukaan kulit kelopak mata anda.
- Lakukan pada kedua belah mata dengan berhati-hati dan tidur bersama penutup mata yang diperbuat daripada fabrik satin.
- Esoknya, basuh mata anda dengan air sejuk, lap. Sebelum anda keluar rumah, sapukan lagi dua lapisan pelembap bibir pada bulu mata anda. Hasilnya lumayan!
Urutan Mata
- Basuh tangan dengan bersih.
- Gunakan jari untuk membuat urutan lembut pada kelopak mata serta dimana kawasan bulu mata anda tumbuh.
- Lakukan urutan ini beberapa kali dalam seminggu.
- Urutan ini meningkatkan peredaran darah yang baik untuk menggalakkan proses pertumbuhan bulu mata.
Minyak Kelapa + Minyak Pati Lavender
- Campurkan 1/2 camca teh minyak kelapa bersama 2-4 titik minyak pati Lavender.
- Gunakan jari atau kapas untuk menyapu campuran minyak berkenaan pada akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata anda.
Rutin Penjagaan Rapi
- Ambil suplemen setiap hari. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menggalak pertumbuhan rambut. Potassium, Kalsium dan Magnesium, semuanya membantu bulu mata untuk tumbuh sempurna.
- Bersihkan sisa solekan sebelum tidur. Jika anda biarkan maskara semalaman melekat pada bulu mata, ia akan mematahkan serta menjadikan bulu mata anda rapuh.
- Amalkan diet pemakanan yang sihat kerana ia menggalakkan pertumbuhan bulu mata secara tidak langsung.
- Gunakan pelentik bulu mata. Alatan ini sememangnya akan bantu melentik dan membuatkan bulu mata anda kelihatan lebih panjang.
- Guna helah kosmetik seperti maskara untuk menjadikan bulu mata lebih lebat, hitam, dan panjang.