Kesihatan

7 Tabiat Harus Henti Demi Kesihatan Yang ‘Tip-Top’

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
7 Tabiat Harus Henti Demi Kesihatan Yang ‘Tip-Top’

Siapa yang tidak mahukan kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat tanpa mengganggu fikiran dan aktiviti harian. Namun, hakikatnya, ada kebiasaan tertentu yang kita lakukan seharian berkemungkinan akan meningkatkan risiko menghidap penyakit yang tidak diingini.

IKLAN

Nak tahu apa dia, teruskan pembacaan di bawah.

Duduk Menyilang Kaki

Foto – Cosmopolitan

Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih daripada 45 minit.

Kerap Membongkok

Foto – diet sihat

Membongkok boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda.

Tidur Meniarap

Foto – Health

Elakkan daripada tidur terlalu lama dalam posisi meniarap kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur terbaik adalah dalam keadaan terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.

Terus Melakukan Regangan Setelah Bangun Tidur

Foto – Twitter

Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Akibatnya, anda akan berasa sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan setelah bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

Memakai Jeans Terlalu Ketat

Foto – Unplash

Jika anda memakai jeans yang terlalu ketat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Tambahan pula, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah dalam tubuh.

Memakai Tali Pinggang Terlalu Ketat

Foto – Rue La La

Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas secara normal.

IKLAN

Membawa Beg Tangan Terlalu Berat

Foto – Insider

Kebanyakan anda membawa beg tangan yang digalas di bahu pada satu sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal badan. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak di dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

Selamat Beramal!