Tips - Fesyen

Trik Beyonce Guna Untuk Gayakan Kasut Tumit Tinggi

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Trik Beyonce Guna Untuk Gayakan Kasut Tumit Tinggi

Semua wanita suka mengenakan kasut tumit tinggi. Malah, ianya bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bergaya dan berketrampilan tetapi tumit tinggi ini mampu memberikan anda ketinggian yang lebih beberapa inci dan keyakinan diri.

Menurut kajian dari College of Podiatry, UK, penggunaan kasut tumit tinggi hanya mengambil masa 1 jam enam minit dan 48 saat saja untuk mencederakan tumit kaki si pemakai. Kaji selidik melibatkan 2000 wanita dan lelaki, kesakitan bermula selepas hanya 10 minit mereka mengenakan tumit tinggi.

Editor di Huffington Post Style menemuramah bekas penari Beyonce, Linda Kuo dan cuba mengorek rahsia Queen B menggayakan tumit tinggi dengan penuh yakin ketika berjalan mahupun menari di pentas.

IKLAN

Ini 6 tips  yang selalu Beyonce amalkan.

Regangkan kaki sebelum menyarung kasut tinggi

Sama ada kamu hanya berjalan ke kereta atau melakukan senaman, regangan boleh mengelakkan kaki daripada bengkak selepas seharian memakai kasut tinggi. Dan pada masa yang sama menjadikan kaki lebih fleksibel dan mudah lentur bila menyarung kasut jenis ini.

Foto – Arkib Wanista

Masuk kelas menari

Cara yang Beyonce amalkan ialah memasuki kelas menari balet. Agar mudah untuk menari dengan kasut tinggi. Cara yang betul memakai kasut tinggi sebenarnya sama seperti menari balet.

Menari juga boleh memperbaiki keseimbangan badan, menguatkan kaki dan menaikkan tahap fleksibiliti. Semuanya kualiti yang baik untuk memakai kasut tinggi.

Sentiasa periksa postur badan

Postur yang baik memudahkan kamu memakai kasut tinggi. Postur yang baik mengurangkan tekanan pada lutut. Bayangkan seperti berjalan dengan dikawal dengan tali.

Foto – Pinterest

Biarkan pinggul mengawal 

Bila kamu biarkan pinggul ( sebagai ganti dada atau kaki) mengetuai rentak, kamu menggunakan berat badan secara saksama. Jadi postur badan akan sentiasa betul. Ia juga menghubungkan kamu dengan otot peha lantas mengurangkan tekanan pada lutut.

Guna otot perut sebaiknya 

Sama ada berjalan atau menari, kuncinya adalah sentiasa berhubung dengan otot perut. Selain menguatkan postur badan, ia juga boleh mengempiskan perut. Ia juga boleh menggelakkan kamu daripada berjalan terhoyong-hayang dengan kasut tinggi.

IKLAN
Foto – Pinterest

Relaks kan wajah

Tak kisahlah betapa cantik atau uniknya kasut tinggi kamu, setiap kali berjalan mesti wajah kamu yang dipandang dulu. Jadi, tak kisahlah bila kamu rasa sakit atau tak selesa bila berjalan, elakkan ekspresi itu di wajah kamu.

Selamat Beramal!