Kecantikan

Letak Snail Cream Dekat Muka, Jerawat Boleh Hilang

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Letak Snail Cream Dekat Muka, Jerawat Boleh Hilang

Kebelakangan ini penulis lihat banyak produk kecantikan daripada siput yang dipanggil snail cream. Terfikir juga apa kebaikan dan manfaat menggunakan snail cream.

IKLAN

Tahukah, ia mula diperkenalkan di Korea sebagai salah satu produk untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kulit.

Snail cream biasanya didatangkan dalam bentuk krim dan ia diberi nama snail cream disebabkan bahan utamanya, ekstrak lendir dari siput atau secara saintifik dikenali sebagai Helix Aspersa Muller Glycoconjugates. Siapa sangka lendir siput boleh buat produk untuk kecantikan wajah.

Foto – Pinterest

Kebanyakan syarikat yang menghasilkan produk snail cream ini mendakwa bahawa siput telah digunakan untuk penjagaan kulit sejak berkurun lamanya oleh Hippocrates iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani yang terkenal pada zamannya.

Misteri Lendir Siput

Ia dikatakan boleh menghilangkan strechmark, bekas jerawat, bekas luka, jahitan, gigitan serangga dan pelbagai jenis parut. Selain berfungsi sebagai antioksidan atau radikal bebas, malah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan semua umur. Bukan itu sahaja, krim ini turut membantu memperbaiki tisu yang rosak dan mengecilkan liang roma pada wajah.

Namun terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan krim ini. Antaranya pengguna hanya akan nampak kesan atau perubahan dalam masa sekurang-kurangnya satu bulan. Aturan penggunaan pula standard seperti produk lain, iaitu dua kali penggunaan setiap hari.

Foto – Life Changing Product

Meskipun banyak manfaat yang dikatakan boleh didapati untuk produk ini, sebagai pengguna kita seharusnya sentiasa berhati-hati dan jangan sampai terbeli produk tiruan. Jika anda berhasrat untuk mencubanya, anda dinasihatkan untuk memeriksa label kandungan snail cream dan perkara berikut:

  • Lihat kandungan ekstrak utama snail mucin adalah 70% atau lebih.
  • Pilihlah jenis yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.
  • Lihat perbandingan produk asli dan tiruan terlebih dahulu.
  • Pastikan memilih pengeluar produk yang dipercayai.

Boleh dikatakan ramai mendakwa snail cream membantu mereka kurangkan kesan parut, mengecilkan liang roma serta cepat dalam mengecutkan jerawat. Krim ini boleh didapati oleh jenama pengeluar seperti Etude House, The Skin Shop, Missha, Nature Republic, Cosrx dan banyak lagi.

IKLAN

Pilihan Katie Holmes

Foto – Gilbert Carrasquillo

Nak tahu, aktres Katie Holmes juga menggunakan snail cream di wajahnya. Katanya, Katie Holmes menggunakan snail cream sebagai rawatan anti-penuaan.

Seorang rakan Holmes memberitahu bahawa pelakon berusia 34 tahun itu mula menggunakan Helix Aspersa Müller Glycoconjugates, sebagai krim anti kedut yang mengandungi ekstrak lendir siput yang membantu masalah kedutan dan untuk penyembuhan parut.

Bukan sahaja krim, sekarang ada juga snail mask. Macam-macam kan..

RUJUKAN : 123