Angelina Jolie dianggap sebagai salah seorang wanita paling cantik di dunia, Forbes memilihnya sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi, malah dia juga salah seorang individu berpengaruh di dunia.
Seorang ibu kepada anak-anaknya, aktres dan selebriti. Mempunyai wajah keinginan dunia dengan bibir tebal mungil di samping rambut ikaL mayangnya, beliau sentiasa menjadi perhatian umum.
Di usia makin meningkat, aktres tersohor ini masih berbisa, segak dan anggun. Apa rahsia kejelitaannya?
Kulit Kena Lembap Sentiasa
- Foto – Arkib Wanista
Jelitawan ini tidak percayakan penggunaan produk yang banyak untuk memanjakan diri. Tapi hanya menggunakan produk yang betul-betul sesuai saja. Beliau mengelak menggunakan mana-mana sabun keras pada kulitnya. Beliau juga percaya dalam melembapkan badan dengan kerap.
Rambut Daya Penarik
Angelina Jolie tidak mempercayai penggunaan produk yang banyak dalam penjagaan rambut, hanya syampu, perapi dan juga spa rambut sekali-sekala.
Natural Beauty
- Foto -Arkib Wanista
Aangat mengekalkan kecantikan asli, hanya mengenakan solekan apabila berada depan kamera sahaja. Angelina memilih untuk tidak menggunakan sebarang solekan dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri semula jadi adalah penting padanya.
Kekal Fit
Untuk kekal fit, Angelina Jolie mengamalkan yoga. Setiap hari pada waktu pagi sebelum sarapan, akan melakukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersedia dengan jadual hariannya. Selain itu, beliau juga menghadiri kelas kickboxing, untuk pertahanan diri.
Sentiasa Hidrasi
Angelina Jolie mengatakan bahawa air adalah khasiat utama untuk badan manusia. Sekurang-kurangnya 3 liter air perlu diminum pada setiap hari untuk membersihkan badan sepenuhnya.
- Foto – Arkib Wanista
Rejim minum air yang banyak membantu beliau mengekalkan tahap tenaga yang tinggi pada setiap masa untuk membantu beliau menghadapi kerjanya dengan cekap dan berkebolehan.
Diet Harian
Angelina Jolie amalkan diet pemakanan carbohydrate free protein. Salad, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging adalah satu kemestian. Makanan segera langsung tidak diambilnya.
Mekap Untuk Naik Seri
Angelina Jolie percaya warna bibir dan mata perlu kontra. Rahsia utama adalah untuk tidak menggunakan mana-mana warna bibir yang terlalu gelap. Beliau meminati solekan jenis light lip color dan smoky eyes.
- Foto – Elle
Selamat Beramal!