Keibubapaan

Buat Ibu Yang Bakal Bersalin, 10 Barang Perlu Dibawa Ke Hospital

Wanista Newsdesk
/
Buat Ibu Yang Bakal Bersalin, 10 Barang Perlu Dibawa Ke Hospital

Teruja bakal menimang cahaya mata, ibu mengandung yang bakal melahirkan mungkin akan terlepas pandang membuat persediaan untuk diri sendiri dalam menyediakan beg pakaian mereka untuk dibawa ke hospital.

IKLAN

Kami kongsikan 12 barangan “kecil-kecil” yang penting dan anda perlukan ketika menunggu saat kelahiran si kecil nanti.

Dressing gown yang selesa

barang ibu bersalin perlu bawa 1

Ini pakaian yang mudah dan tak banyak karenah anda boleh sarungkan mungkin untuk berjalan dalam koridor hospital.

Selipar mudah sarung

barang ibu bersalin perlu bawa 2

Bawa sepasang selipar yang mudah disarungkan tanpa perlu membongkok. Pastikan tapaknya tidak licin juga.

Stokin tebal

barang ibu bersalin perlu bawa 3

Penghawa dingin di hospital mungkin akan buat anda kesejukan ketika bermalam di hospital. Jadi jangan lupa bawa sekurang sepasang stokin tebal.

IKLAN

Baju tidur dan T-shirt 

barang ibu bersalin perlu bawa 4

Tidak perlu bawa baju baru. Saat-saat begini yang penting anda selesa. Bawa sahaja baju tidur dan t shirt yang anda sudah biasa dan selesa pakai.

Minyak urut dan losyen

barang ibu bersalin perlu bawa 5

Urutan boleh mengurangkan sakit belakang yang selalu dialami wanita dalam situasi ini.

Birth ball

barang ibu bersalin perlu bawa 6

Menggunakan birt ball akan membantu anda mempraktiskan beberapa posisi yang berbeza yang membantu anda bersalin dengan lebih efektif dan memendekkan masa anda berada dalam bilik bersalin.

Lip balm

barang ibu bersalin perlu bawa 7

Berada dalam bilik hawa dingin dan mungkin kekurangan air dalam badan akan membuat bibir anda kering dan tentu anda tak selesa dengan keadaan seperti itu.

Snek dan minuman

barang ibu bersalin perlu bawa 8

Bawa snek berkhasiat seperti buah-buahan dan minuman yang memberi tenaga seperti minuman isotonik atau glukosa.

Buku/Majalah

barang ibu bersalin perlu bawa 10

Bahan-bahan seperti ini akan membantu mengalihkan perhatian anda sebantar. Jadi anda akan kurang berasa gementar sementara menunggu kelahiran.

Getah/Sepit rambut

barang ibu bersalin perlu bawa 11

Rambut terkena muka juga akan membuatkan anda rimas. Tambahan pula kebanyakan wanita yang sedang melahirkan akan berpeluh kuat.

Bantal

barang ibu bersalin perlu bawa 12

Hospital mungkin tidak menyediakan bantal yang cukup untuk buat anda rasa selesa. Bawa bantal bentuk V untuk memudahkan penyusuan badan.

Selamat Beramal!