Kembara, Tips

Road Trip: Perkara Yang Boleh Dilakukan Dan Harus Dielakkan

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
Road Trip: Perkara Yang Boleh Dilakukan Dan Harus Dielakkan

Hujung minggu pasti ada antara kita yang berhajat hendak bawa anak-anak bercuti dengan memandu sendiri ke tempat percutian yang menarik.

IKLAN

Tanpa buang masa, Wanista ingin berkongsi 5 tips yang boleh anda ikuti dan 5 perkara yang harus anda elakkan, dan beberapa tips lain untuk memudahkan perjalanan percutian anda.

5 Tips Asas Percutian

Foto – Traveller

Buat perancangan rapi. Jangan main redah je. Tapi pastikan rancangan anda itu bersifat fleksibel, terutama bagi anda yang sudah mempunyai anak-anak kecil. Rancang arah tujuan percutian anda, jangkamasa yang diambil dengan mengambil kira kelewatan memandangkan anda membawa anak-anak kecil.

Bercuti semasa keadaan cuaca adalah baik. Biasanya hujan dikait rapat dengan kesesakan lalu lintas. Elakkan percutian di musim hujan, dan jika anda tetap mahu meneruskan percutian di cuaca sebegini, elakkanlah tempat seperti sungai dan laut.

Sediakan kudapan, snek dan hiburan untuk anak-anak anda. Anda pasti tidak mahu pemanduan anda terganggu dengan rengekan mereka mengatakan perjalanan terlalu jauh dan mereka bosan kan?

Bawa baju yang bersesuaian, dan bawa lebih sehelai atau dua. Tak kira dari segi fesyennya ataupun jumlahnya.

Bawa alat GPS atau pasangkan peranti GPS di telefon pintar anda. Ini penting bagi mereka yang sukakan aktiviti eksplorasi. Dengan adanya GPS anda boleh tahu tempat-tempat menarik yang mungkin anda tidak ketahui.

5 Perkara Harus Dielak

Foto – Insider

Jangan membuat perancangan di saat-saat akhir. Jika anda membuat perancangan di saat-saat terakhir, pasti ada barang yang tertinggal, ada tempat yang tak sempat dilawati dan sebagainya.

Jangan bertolak ke destinasi percutian semasa waktu kemuncak. Ini sangat penting kerana terdapat perbezaan ketara dalam perbelanjaan percutian waktu kemuncak (biasanya dari hari Khamis hingga Ahad) dan waktu biasa.

IKLAN

Jangan bawa makanan ringan sahaja. Bawalah makanan berat yang boleh mengenyangkan perut, mana tahu anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tiada pula restoran berdekatan.

Jangan bawa pakaian berlebihan. Ini cuma akan memberatkan kenderaan dan menyusahkan anda untuk membawanya nanti. Bawa saja pakaian yang diperlukan. Anda hendak bercuti, bukan hendak pindah.

Jangan hanya bergantung kepada satu kaedah pemetaan sahaja. Kalau kawasan yang sedang anda lalui tiada perkhidmatan GPS, bagaimana? Bawa sekali peta biasa untuk panduan. Peta sebegini anda boleh dapatkan biasanya di pejabat pos mahupun di kedai buku. Ataupun jika anda mahu, cetakkan peta dari Google Maps sejurus selepas anda kenalpasti destinasi yang ingin anda tuju.

Bagaimana Dapatkan Hotel Yang Murah @ Berpatutan

Foto – Trivago

Cari secara online. Ada banyak laman web yang menawarkan hotel murah.

Cari hotel yang jauh sikit dari kawasan bandar. Hotel yang berada di dalam kawasan bandar biasanya lebih mahal. Lagipun, tak bosankah kalau nak bercuti di bandar saja? Apa salahnya kalau sekali-sekala bercuti di kawasan luar bandar, contohnya ke Janda Baik?

Cari hotel yang menawarkan diskaun atau mata ganjaran. Kalau anda membuat persediaan awal, hotel-hotel ada menyediakan tawaran diskaun bagi bilik-bilik hotel.

Sekiranya Sewa Kereta, Ikuti Tips Ini

Foto – YOY Network

Buat kajian secara online. Buat perbezaan harga kereta antara satu syarikat sewa kereta dengan syarikat yang lain.

Buat kira-kira. Adakah berbaloi anda menyewa kereta setelah anda mengambil kira kos minyak, tol dan sebagainya? Atau lebih untung jika anda guna saja kereta sendiri?

Pilih kereta bersaiz kecil. Kereta bersaiz kecil seperti MyVi bukan saja berharga murah, kos minyak juga tidak membebankan.

Kenalpasti sejauh mana anda boleh pandu kereta sewa itu. Ada syarikat sewa kereta melarang anda memandu kereta mereka luar dari kawasan, tetapi ada yang tidak keberatan asalkan anda tanggung risiko sendiri. Kenalpasti itu semua.

Tepati masa. Jangan hantar kembali kereta sewa lambat dari masa yang ditetapkan, atau anda harus bayar lebih!

Sekian saja tips cuti pemanduan jarak jauh dari kami.