Kalau buka Instagram, Facebook atau mana-mana media sosial, pasti kita boleh notice tentang satu pattern gambar yang semua orang akan guna. Which is semua orang akan bergambar dengan melebihkan angle muka sebelah kiri.
Kenapa ye?
Kajian yang dilakukan oleh Annukka Lindell, pensyarah di Melbourne telah mengatakan teori left-side bias ini menunjukkan bahagian sebelah kiri wajah dikendalikan oleh hemisfera otak kanan iaitu mengendalikan emosi seseorang. Hasilnya, wajah pada sebelah kiri lebih cenderung kelihatan dan dikatakan sebagai best side.
Lindell berkata, “Sebanyak 2000 selfie telah dinilai untuk melihat sisi wajah yang lebih kerap ditonjolkan. Hasil penilaian ini menunjukkan sebanyak 41% bahagian kiri ditunjukkan berbanding kanan”.
Sisi wajah kiri lebih menarik untuk dilihat kerana ia menonjolkan kesempurnaan.
Jika dilihat kembali, hanya sebanyak 8% pengguna media sosial sahaja yang tidak menunjukkan bias. Jadi ramai yang bersetuju bahawa left-side adalah angle terbaik mereka.