Kontroversi yang melanda jenama Meeracle berikutan produk terlarisnya “Meeracle Serum” dilapor mengandungi bahan terlarang merupakan sejarah hitam yang membawa jenama tempatan ini hampir kecundang.
Baca : Produk “Meeracle Serum” Terkandung Bahan Terlarang, Pengasas Jelas Hal Sebenar
Kini, jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang telah bertapak sejak 5 tahun lalu mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai duta rasmi Meeracle.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meeracle, Puan Sharifah Itasha Jamalullai, pencarian duta baharu Meeracle telah dirancang secara teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta dalam kalangan ikon wanita dan bersesuaian untuk membawa jenama Meeracle.
- Foto – Arkib Wanista
“Sejujurnya pada saya, Scha Al-Yahya memenuhi semua kriteria sebagai duta dan wajah Meeracle. Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan, pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada Meeracle adalah sangat tepat.”
Pada Scha pula, produk Meeracle sudah lama memenangi hatinya jadi perlantikan ini satu penghormatan.
“Pada Scha Meeracle adalah satu jenama yang sangat besar di dalam pasaran kecantikan, dan melihat perkembangan selama 5 tahun ini, Scha tidak teragak-agak apabila Meeracle ingin melantik Scha sebagai duta. Malah Scha berbangga dapat berkerjasama dengan satu jenama yang sangat besar, dan produk -produk yang dihasilkan Meeracle memang sangat berkualiti dan menepati cita rasa Scha.”
Dua Produk Baru
Produk Meeracle yang akan dibawa oleh Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit iaitu dua antara produk baru – Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser, serta Meeracle Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub.
Mementingkan hidrat pada kulit, koleksi Under The Sea mempunyai kandungan yang bagus untuk kulit wajah seperti niacinamide dan bahan-bahan berasaskan kehidupan laut seperti algae dan laminaria digitata.
Berminat untuk mendapatkan produk atau ketahui lebih lanjut, boleh ke laman web rasmi Meeracle di sini.