Tidak perlu mendedahkan apa yang tidak patut, di sini kami ada beberapa item fesyen yang menyerlahkan keseksian anda secara natural.
Sebenarnya, kalau dari segi fizikal, ia sememangnya agak subjektif. Seorang lelaki mungkin memandang seksi itu dari sudut yang berbeza. Namun begitu, sekiranya anda mahu menarik perhatiannya dengan cara pemakaian anda, kami ada beberapa jenis pakaian yang dianggap seksi oleh kebanyakan lelaki.
Baju Off-Shoulder
- Foto – Arkib Wanista
Mendedahkan apa yang tidak perlu boleh menampakkan wanita semakin murah, bukannya seksi. Jadi mainkan perasaan lelaki dengan hanya menunjukkan sedikit kulit anda iaitu di bahagian bahu dan sedikit bahagian belakang. Kebanyakan lelaki merasakan ia sangat seksi.
Baju Yang Oversized
- Foto – Arkib Wanista
Mengenakan baju ketat tidak menonjolkan keseksian. Tapi memakai kemeja atau t-shirt bersaiz besar mampu menarik perhatian si lelaki. Hal ini kerana unsur maskulin yang anda terapkan di dalam gaya memberikan keseksian semula jadi, itulah yang mahal.
Kasut Tumit Tinggi
Memang pakai kasut tumit tinggi adakalanya menyakitkan kaki jika anda salah pakai. Tapi itulah yang bikin anda seksi. Ada bancian mengatakan lelaki memerhatikan kaki anda yang berotot ketika mengenakan high heels.
- Foto – Arkib Wanista
Kasut bertumit tinggi juga menampakkan anda lebih kurus dan memberikan bentuk badan yang lebih langsing secara ilusi kepada orang yang melihat anda.
T-Shirt Grafik
Siapa yang tak suka pakai t-shirt grafik. Dengan begitu banyak reka bentuk dan gaya yang boleh dipilih, ia satu item fesyen yang comel dan fun.
- Foto – Arkib Wanista
Bila lelaki melihat wanita menyarung t-shirt, mereka rasa itu menggambarkan keperibadiannya. Sama ada dia kelakar, cerdik atau pintar, mungkin juga sarcastic. Ada juga beranggapan wanita ini kelihatan mesra dan mudah didekati, orang kata sempoi. Lelaki sukakannya!
Jaket Kulit
- Foto – Arkib Wanista
Jaket kulit menambah sentuhan kejantanan dan maskulin dalam penampilan wanita. Ini membuat anda kelihatan yakin dan tough. Ramai lelaki menyukai seorang wanita yang ada sifat tough dalam diri mereka. Mereka benar-benar turn on bila anda mempunyai ciri maskulin tersebut.
Cermin Mata
- Foto – Arkib Wanista
Kajian menunjukkan penglihatan mata yang lemah dengan tahap kecerdasan dan IQ yang lebih tinggi. Oleh itu, cermin mata menjadikan anda kelihatan pintar, walaupun anda merasa anda tidak genius. Lelaki memuja wanita yang bijak dan merasakan mereka hot.
Suit
- Foto – Arkib Wanista
Seorang wanita yang mengenakan suit kelihatan yakin dan berani, dan dia tahu apa yang dia lakukan dan jalani kehidupan dengan baik. Lelaki merasakan wanita bekerjaya dan berdikari sangat menarik serta seksi di mata mereka.
Sneakers Cool
- Foto – Arkib Wanista
Tak semua lelaki suka wanita pakai tumit tinggi, anda juga lelaki lebih senang dengan penampilan wanita yang sempoi, memakai sneakers. Sekiranya lelaki melihat koleksi sneakers anda yang cool dan rare, nescaya mereka benar-benar kagum. Ini mendorong mereka untuk mendekati anda dan berkongsi minat yang sama.
Bodycon Dress
Memang agak tak sopan memakainya di luar, apa lagi dengan menonjolkan susuk tubuh badan yang menggiurkan. Tapi bodycon dress mampu menaikkan nafsu si lelaki. Anda sarung untuk suami, confirm dia lelaki paling bahagia sekali.
- Foto – Arkib Wanista
Selamat Beramal!