Dengan hanya melihat keindahan alam seperti matahari terbenam sememangnya ia sebuah terapi untuk mereka yang ingin melarikan diri sementara daripada kehidupan. Banyak tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam tetapi ini port yang paling best!
Cameron Highlands, Pahang
Seperti di pergunungan Scotland Timur, ladang teh di Cameron Highlands memberikan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik!
Lokasi: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang [Peta]
Pantai Klebang, Melaka
Mempunyai bukit pasir yang landai, tempat ini sering dipenuhi dengan pelancong. Bagai di planet Mars ketika matahari terbenam, anda pasti merasai seperti di dunia lain.
Lokasi: Klebang Sand Dunes, Jalan Klebang Besar, Melaka [Peta]
Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur
Sambil menikmati makanan, anda boleh menyaksikan matahari terbenam selain melihat pemandangan Kuala Lumpur 360 darjah yang sangat menakjubkan.
Lokasi: 34 Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur [Peta]
Pantai Cenang, Kedah
Berjalan di tepi pantai sambil menunggu matahari terbenam, ini salah satu lokasi yang sering dikunjungi pelancong untuk melihat keindahan matahari.
Lokasi: Pantai Cenang, 07000, Langkawi, Kedah [Peta]
Gunung Kinabalu, Sabah
Pemandangan paling cantik semestinya bila berada di kawasan yang tinggi. Mendaki Gunung Kinabalu sehingga tempat rehat di pertengahan gunung tersebut, Laban Rata memberikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Lokasi: Mount Kinabalu, Kundasang., 89308 Ranau, Sabah [Peta]
Sekiranya anda memerlukan terapi seperti ini, jangan lupa pergi ke tempat yang dicadangkan oleh Wanista. Enjoy!