Sejak diwajibkan pakai mask ketika berada di luar rumah, ramai yang jadi breakout atau kawan-kawan kecil yang tak diundang bertapa di wajah. Stress betul kalau bangun nampak jerawat!
Jadi apa yang perlu buat?
#1 Cuci Muka Guna Cleansing Foam
Kenapa? Tekstur buih berfungsi untuk bersihkan wajah dengan menghilangkan minyak dan kotoran yang tersumbat dalam liang pori.
Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi, pilih cleansing foam yang mengandungi salicylic acid kerana bahan ini berfungsi dalam hilangkan sebum berlebihan dan membuang sel kulit mati.
(Fakta: Cleansing foam membersih dengan mendalam berbanding dengan cleansing oil atau cleansing balm.)
#2 Guna Pelembap Yang Ringan
Penting untuk guna pelembap yang ringan kerana ia akan mengurangkan lebihan minyak yang berlaku pada siang hari. Guna pelembap yang mempunyai bahan ceramide kerana ia bantu dalam menguatkan kulit daripada rosak akibat faktor luaran.
Kulit berminyak dan kombinasi
Pilih pelembap bertekstur gel kerana ia mudah diserap dan kekal lembap pada kulit.
Kulit kering
Guna pelembap bertekstur gel-krim atau krim yang tidak terlalu berat. Jika tidak, krim yang berat tidak membantu serapan pada kulit.
#3 Guna Ubat Jerawat
Kebanyakkan kerengsaan kulit adalah disebabkan oleh memakai mask. Jika anda dapati jerawat pada wajah setelah menanggalkan mask, segera gunakan ubat jerawat. Ubat jerawat membantu dalam mengecutkan dan menghilangkan jerawat sama ada pustules, jerawat meradang atau comedones.
Jika anda stick to steps ini, berkemungkinan besar wajah anda bebas daripada jerawat dan jika ada jerawat, ia boleh dikawal. Mencegah lebih baik.