Kecantikan

Makeup Artist Lady Gaga Kongsi Tips Untuk Flawless Dengan Makeup

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Makeup Artist Lady Gaga Kongsi Tips Untuk Flawless Dengan Makeup

Menjadi go-to make-up artist Lady Gaga dan duta seni global untuk Marc Jacobs Beauty, Sarah Tanno telah kongsikan beberapa tips solekan untuk kelihatan flawless dengan make-up.

Foto – InStyle.com

Kita selalu bersolek dan kadang-kadang bila tengok hasilnya, pasti ada yang kurang atau tak flawless macam yang dibayangkan. Jadi apakah tips daripada Sarah?

Mascara 

Banyak version kan bila nak pakai mascara. Tetapi bagi Sarah, gunakan berus make-up atau cotton bud dan diletakkan di belakang bulu mata untuk elak daripada lebihan mascara terkena kulit dan seterusnya solekan menjadi rosak atau comot.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan spoolie yang bersih ketika mengenakan mascara. Ini akan membuatkan daripada bulu mata anda menjadi melekat dan menjadi tebal. Jika anda mahu extra lift, gerakkan berus mascara anda secara menegak pada bulu mata yang telah dilapisi dengan mascara.

Kulit Glow 

Part wajib! Kenapa? Daripada anda terus meletakkan solekan yang terlampau  banyak di wajah, anda sepatutnya meletakkan pelembap dan primer agar wajah sentiasa terhidrat sepanjang hari.

Foto – Pinterest

Menurut Sarah, pelembap menghidrat dan exfoliates dalam masa yang sama. Jadi ini menyebabkan solekan anda blend in ke dalam kulit dan memberikan hasil akhir yang sangat cantik.

Foto – Watsons Malaysia

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, prep kulit anda dengan matte primer pada T-zone. Ini kerana primer akan mengurangkan tekstur dan garis halus yang tidak rata serta liang pori.

Memaksimukan Concealer 

Foto – Wiki

Sarah menyarankan untuk tidak menggunakan foundation tetapi concealer.

“Disebabkan kita berada di kawasan yang beriklim sedikit panas, kita perlu berpegang dengan prinsip less is more. Jika kita terlalu menggunakan banyak solekan, ia akan menyebabkan foundation tidak berfungsi, malah akan mencacatkan lagi hasil solekan,” ujarnya.

(Special tips: Letakkan juga concealer pada bahagian bawah bibir untuk atau gunakannya sebagai kontur.)

IKLAN

Flawless Finish 

Foto – Pop Sugar

Jangan letak bedak di seluruh wajah tetapi letak di bahagian yang perlu sahaja. Bagi Sarah, daripada menggunakan bronzer, beliau lebih gemar memakai bedak pada bahagian wajah yang perlu touch-up sahaja. Jika gunakan bedak pada keseluruhan wajah, ia akan merosakkan solekan yang tidak memerlukan touch-up.

Anda patut cuba tips daripada Sarah kerana hasilnya mungkin akan membuatkan anda kagum dan pasti rakan-rakan anda cemburu.

 

RUJUKAN