Tonton K-drama boleh terkena sindrom pelik, biar betul?
Percayalah sesiapa yang minat menonton K-drama pasti akan terkena dengan sindrom khas, yang hanya wujud tatkala menonton K-drama kegemaran.
Kalau tak percaya, jom lihat sindrom apa yang boleh terkena semasa menonton K-drama, di bawah.
#1 Sindrom Watak Utama Kedua @ Second Lead Syndrome
- Foto – Pinterest
Kebanyakan yang menonton drama Korea ini biasanya akan terkena dengan sindrom watak utama kedua, atau second lead syndrome (SLS).
Penonton lebih gemar padanankan watak utama lelaki atau wanita dengan watak kedua utama dalam drama yang di tonton, kerana merasakan kedua-dua watak ini lebih sesuai dan lebih mempunyai chemistry.
#2 Sindrom Oppa
- Foto – Arkib Wanista
Jangan terkejut sindrom ini memang dah wujud lama, sesiapa yang melihat watak kegemaran atau watak yang diminati dalam drama Korea yang ditonton pasti akan memanggil watak tersebut Oppa.
Dan mahu watak tersebut mempunyai lebih banyak screen time di kaca televisyen, hal ini sering berlaku pada pelakon lelaki kacak yang mempunyai penampilan yang menarik di dalam drama tersebut.
#3 Sindrom Pasangan Sebenar @ One True Pairing Syndrome
- Foto – Arkib Wanista
Nah, sindrom yang ini memang selalu sangat muncul di kalangan pencinta K-drama, tiap kali melihat pasangan watak utama lelaki dan wanita menunjukan chemistry yang terlalu sempurna peminat akan terkena sindrom ini.
Dan menganggap inilah pasangan yang paling sempurna, sesuai antara satu sama yang lain, serta merupakan pasangan yang sejati.
#4 Sindrom Multilingual
- Foto – Forbes
Sindrom yang satu ini memang dah terpahat dalam hati penonton setia K-drama, memang tak sah kalau dalam sehari tak keluar ayat-ayat dari bahasa Korea dalam kehidupan harian.
Antara bahasa yang sering keluar dari bibir penonton K-drama ialah:
- Oppa
- Unnie
- Daebak
- Ottokae
- Mianhae
- Saranghae
#5 Sindrom Wanita Jahat @ Bad Girl Syndrome
- Foto – Arkib Wanista
Tatkala melihat watak wanita yang berkaliber, berkarisma, cantik, hot, seksi dan bijak, akan membuatkan penonton terkena panahan bad girl syndrome secara senyap.
Watak wanita seperti ini biasanya merupakan musuh ketat atau musuh utama watak utama wanita dalam drama yang di tonton itu, dan kebanyakan penonton seperti di sihir tatkala melihat lakonan mantap watak wanita seperti ini.
#6 Sindrom Eye-Candy
- Foto – Arkib Wanista
Sindrom yang ini merupakan tipikal bagi penonton yang melihat idol atau pelakon kegemaran beraksi di dalam drama, dan menjadi peminat setiap pelakon atau idol yang sedang berlakon dalam drama tersebut.
#7 Sindrom Ketagih K-Drama
- Foto – Arkib Wanista
Yang ini antara sindrom yang paling teruk, di mana kaki fanatik K-drama merasakan mereka tak boleh hidup tanpa menonton k-drama dalam hidup mereka.
Biasanya mereka ini akan lebih banyak menghabiskan masa di depan kaca televisyen, komputer, laptop atau telefon pintar semata-mata untuk menonton drama Korea yang di minati.
Antara sindrom-sindrom yang penulis senaraikan di atas. kamu selalu terkena sindrom yang mana satu?