Kesihatan

Berhenti Tukar Produk Untuk Rambut Gugur, Tapi Semak Kembali Makanan Anda

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Berhenti Tukar Produk Untuk Rambut Gugur, Tapi Semak Kembali Makanan Anda

Dah guna macam-macam produk untuk kurangkan keguguran rambut tapi masih lagi gugur, malah lebih banyak daripada sebelumnya.

Foto – Medical News Today

Anda tidak boleh salahkan produk semata-mata untuk masalah ini tetapi anda perlu semak kembali makanan yang boleh menyebabkan rambut anda gugur. Untuk mengatasi masalah  ini, anda perlu pastikan makanan yang dimakan ada dalam senarai ini bagi mengurangkan keguguran rambut.

Sayuran hijau

Sayuran hijau sangat penting kerana khasiat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi pelbagai nutrisi untuk badan. Bagi masalah keguguran rambut, sayuran hijau mengandungi Vitamin A dan Vitamin C.

IKLAN
Foto – india.com

Vitamin ini sangat penting dalam pengeluaran sebum. Ini kerana sebum membantu dalam menjaga rambut supaya kelihatan sihat. Sayuran hijau juga kaya dalam zat besi, selenium dan kalsium yang membantu pertumbuhan rambut.

Telur

Foto – Britannica

Bernutrisi dengan Vitamin B12 dan protein, ia sangat penting untuk akar rambut. Telur juga mengandungi mineral penting seperti zink, selenium, zat besi dan sulfur yang berfungsi membawa oksigen ke akar rambut. Jika anda keguguran rambut, ia membawa maksud anda kekurangan zat besi.

Kekacang dan bijirin

Foto – Vogue

Kepelbagaian kekacang dan bijirin mengandungi nutrien yang dipanggil biotin, iaitu penting dalam membantu menjaga kuku, kulit dan rambut supaya kekal sihat. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut menjadi gugur, bercabang dan beruban secara pramatang.

Buah oren

Mengandungi sumber Vitamin C, buah oren membantu dalam penyerapan zat besi.

Foto – Tea Breakfast

Apabila badan mempunyai Vitamin C yang mencukupi, ia akan memudahkan proses penyerapan zat besi yang boleh didapati daripada kacang soya dan daging. Vitamin C juga membantu dalam mengeluarkan kolagen di mana ia perlu dalam pertumbuhan akar rambut.

Susu, keju dan yogurt

Foto – Youtube

Ketiga-tiga makanan ini mengandungi casein dan whey iaitu nutrisi protein. Ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut dan mengekalkan akar rambut yang kuat.

Salmon

Foto – Dr Weil

Mengandungi Omega-3 yang tinggi, Vitamin B12 dan zat besi, salmon merupakan makanan yang terbaik dalam menyalurkan nutrien yang dapat mengekalkan rambut yang sihat dan baiki rambut rosak.

IKLAN

Buah pisang

Foto – Pinterest

Kaya dengan vitamin B6, pisang membantu dalam mengekalkan rambut yang sihat. Selain dalam mengeluarkan sel darah merah, ia juga menguatkan kulit kepala serta mencegah kekurangan rambut yang gugur.

Kerang dan tiram

Foto – Arkib Wanista

Tiram mengandungi antioksidan dan kaya dengan zink di mana ia membantu dalam mencegah kelemumur dan keguguran rambut. Manakala kerang tinggi dalam nutrien zat besi iaitu mempunyai kolagen yang tinggi bagi menyuburkan akar rambut.

Alpukat

Foto – The Independent

Alpukat sering dilihat dalam pelbagai jenis produk untuk rambut. Ini kerana alpukat kaya dengan Vitamin B dan Vitamin E. Alpukat juga membantu menjaga kulit kepala agar tetap sihat. Folikel rambut dan kulit kepala mendapat kelembapan daripadanya dan menghasilkan rambut bersinar secara semula jadi.

Jadi, anda ada mengambil atau tidak makanan yang telah disenaraikan?  Jika tidak, anda perlu lakukan segera bagi menyelamatkan rambut daripada terus gugur.

 

RUJUKAN