Tak makan dek usia, wajah Lilly Collins sentiasa kelihatan muda dan cantik! Ramai yang mengagumi kecantikkan wajahnya tetapi ada lagi satu perkara yang menarik perhatian ramai orang iaitu keningnya. Memiliki kening yang tebal dan semula jadi semestinya menjadi keinginan setiap wanita.
Jadi, entri kali ini, Wanista akan kongsikan beberapa barangan yang perlu ada untuk kening anda kelihatan seperti Lily Collins!
#1 Eyebrow Gel
Eyebrow gel ini akan bantu membentukkan kening anda. Menggunakan aplikator atau berus kening, seretkan dari pangkal kening sehingga ke hujung untuk membuat bingkai kening.
Bagi anda yang mempunyai kening yang pendek, anda boleh melukis sehingga selari dengan hujung mata. Pada pangkal kening pula, lukiskan secara menegak untuk menampakkan kening yang semula jadi.
Tips: Pilih warna yang lebih muda berbanding dengan kening untuk tidak menampakkan kejanggalan.
#2 Eyebrow Liquid Liner
Selepas itu, gunakan eyebrow liquid liner untuk menambahkan volume dan dimensi pada bentuk kening. Layangkan secara perlahan-lahan pada kening sebenar seperti anda sedang mewarna dari pangkal sehingga ke hujung. Fokuskan pada hujung kening untuk menampakkannya sedikit besar dan tebal.
#3 Wax Balm Texture
Langkah terakhir ini akan membuatkan kening anda sentiasa dalam bentuknya. Gunakan sikat kening dan wax balm untuk memberus kening ke atas dan tunggu seketika. Kemudian, berus dengan cara yang sama tetapi anda perlu fokus daripada pangkal kening untuk merapikannya sehinggalah ke hujung.
Senang kan nak ikut steps ni untuk dapatkan kening seperti Lily Collins. Jadi bagi yang mahukan kening seperti Lily, jangan lupa untuk cuba!