Tips

Tiga Cara Selamat Bersihkan Barang Kemas Agar Kekal Bersinar

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Tiga Cara Selamat Bersihkan Barang Kemas Agar Kekal Bersinar

Siapa suka pakai aksesori? Aksesori seperti barangan kemas?

Barangan kemas merupakan pelengkap penampilan seorang wanita, tanpa bling bling wanita tidak berkeyakinan, malah nampak ‘kosong’, seperti tiada seri.

Tapi lama-kelamaan barang kemas boleh bertukar kusam dan nampak buruk jika langsung tidak pernah dibersih. Wanista nak tanya cincin nikah kamu pernah bersihkan tak?

IKLAN

Jangan risau sebab Wanista ada tiga cara selamat guna barang dapur untuk memudahkan kerja kamu semua.

Air suam + pencuci pinggan mangkuk

Menurut pengasas Kimaï, Jessica Warch dan Sidney Neuhaus, barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rose- gold boleh dicuci dengan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk.

Foto – Huffpost

Masukkan di dalam mangkuk (semua barang kemas yang disebut tadi boleh masuk sekali) dan rendam selama 15 minit dengan campuran tad, kemudian berus dengan baby toothbrush (sebab hujungnya lebih lembut) atau guna cotton swab untuk lebih senang mencapai semua celah-celah yang kotor. Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain atau hairdyer.

Aluminium foil + serbuk penaik

Letak gelang silver kamu ke dalam aluminium foil yang dibentang dalam mangkuk, tambah air panas dan serbuk penaik selama 30 minit.

Foto – Arkib Wanista

Lee Tilghman, blogger dari Amerika Syarikat berkongsi tip menggunakan pencuci pinggan dan beberapa sudu teh hidrogen peroksida yang dicampur dengan air suam. Ia turut berkesan membersihkan barang kemas kamu.

Polishing Cloth

Guna polishing cloth yang mampu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper. Lap sehingga bersinar, guna krim dan penyembur penggilap untuk extra bling bling.

Guna soft cloth seperti kain lap sunglasses, sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna. Disarankan untuk lapnya selepas pakai, terutamanya bahagian yang selalu terkena pelembap atau solekan.

Mudahkan? Tiada alasan lagi untuk kamu tidak bersihkan barang kemas kesayangan.

IKLAN

RUJUKAN