Info Menarik

Neelofa Wanita Luar Biasa, Srikandi Inspirasi Semua

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Neelofa Wanita Luar Biasa, Srikandi Inspirasi Semua

Melihat perubahan Neelofa baru-baru ini membuatkan ramai orang berasa terpegun, kagum dan bangga terhadap wanita berkaliber ini.

Wajah ayu Neelofa kini dilitupi dengan niqab kosong dan menampakkan sepasang mata yang jernih untuk ditatap, wanita ini memilih untuk berniqab memberikan nafas baru dalam diari kehidupannya sebagai wanita Muslim yang istiqomah.

IKLAN

Setiap Langkah Pertamanya Memberi Inspirasi Untuk Wanita

Foto – Arkib Wanista

Perubahan berniqab atau berpurdah oleh pelakon dan pengacara televisyen terkenal Malaysia ini, membuatkan sesiapa saja yang mengikuti perkembangan wanita ini pastinya berasa kagum terhadap Neelofa.

Dari permulaan kerjaya sebagai pelakon, pengacara, duta jenama terkenal dalam dan luar negara, usahawan wanita, hinggalah dari aspek keperibadian diri semua memberi kuasa inspirasi untuk menjadikan wanita ini sebagai idola.

Dengan transformasi berpurdah ini, membuatkan ramai wanita ingin menjadikan Neelofa sebagai inspirasi untuk berani memperbaiki diri dan penampilan menjadi wanita Muslim yang di redhai-NYA.

Wanita Berhijab Yang Berpengaruh

Foto – Arkib Wanista

Tidak dinafikan Neelofa merupakan salah seorang individu yang berpengaruh di Malaysia, setiap tindak-tanduknya diperhatikan dan sering menjadi tumpuan orang ramai terutama kaum wanita.

Melihat kejayaan Neelofa sebagai selebriti berhijab yang berpengaruh, menunjukan bahawa wanita berhijab juga boleh berjaya dan tidak perlu tunduk dengan spektrum khayalan yang menyatakan wanita berhijab tidak berjaya dalam industri.

Sentiasa Berkongsi Ilmu Dan Pengalaman

Foto – Arkib Wanista

Neelofa juga cukup dikenali sebagai wanita yang tak lokek berkongsi ilmu, apa saja yang dirasakan memberi manfaat pasti akan dikongsikannya bersama orang ramai menerusi platform yang ada.

Seperti di Telegram yang dihasilkan, banyak perkongsian ilmu agama, kata-kata muhasabah, nasihat dan petua, dikongsikan di dalam kumpulan Telegram tersebut.

Selain itu, Neelofa juga kerap berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi akaun Instgram dirinya dan setiap apa yang dikongsikan menunjukan betapa tinggi keperibadian wanita hebat ini.

IKLAN

Srikandi Luar Biasa, Idola Wanita Muslimah

Foto – Arkib Wanista

Perjalanan Neelofa sebagai wanita berniqab baru sahaja bermula dan ramai mendoakan agar perjalanannya menjadi srikandi wanita Muslimah dipermudahkan.

Dan sekaligus dengan perubahan ini dapat membuatkan lebih ramai lagi wanita Muslim untuk berubah menjadi insan yang lebih baik sama ada dari segi akhlak, keperibadian dan penampilan diri.

Semoga perjalanan Neelofa menjadi wanita Muslimah berniqab terus istiqomah, InsyaAllah.