Untuk menggunakan highlighter anda perlu memilih warna yang sesuai dengan kulit. Kedudukan mengenakan highlighter yang betul juga dapat memberikan wajah yang lebih dimensi.
Tetapi jika anda menggunakan highlighter dengan teknik yang betul, hasil akhir yang mewah dapat dilihat pada wajah anda.
#1 Guna Dengan Pemerah Pipi
Untuk teknik yang pertama ini, anda boleh menggunakan cream blush yang mempunyai warna semula jadi iaitu tidak terlalu oren atau pink. Campurkan cream blush dengan fine liquid highlighter.
Kemudian, campuran tersebut boleh dikenakan di atas tulang pipi. Sapu ke arah atas iaitu sehingga ke arah hujung mata. Teknik ini sesuai untuk digunakan dalam rutin harian kerana ia memberikan hasil wajah yang sihat dan juicy glow.
#2 Guna 2 Warna Highlighter
Anda boleh memilih dua jenis tekstur highlighter iaitu serbuk dan cecair.
Dengan menggunakan highlighter bertekstur serbuk, anda perlu menyapu dari tulang pipi sehingga ke hujung mata. Kemudian anda boleh melapiskannya dengan highlighter bertekstur cecair untuk menambahkan hasil kilauan yang juicy.
(Nota: Untuk kesan akhir yang lebih mewah, anda boleh menggunakan powder highlighter dalam warna champagne dan liquid highlighter berwarna golden peach)
#3 Mengenakan Dengan Bronzer
Pilih bronzer yang tidak mengandungi kilauan. Setelah menggunakan bronzer, lapiskan ia dengan golden shimmer highlighter. Jika anda tidak tahu, manik-manik golden shimmer akan membuatkan kulit anda lebih warm seperti baru lepas berjemur.
Rasa mudah sangat nak dapatkan hasil akhir yang cantik! Pandai memilih highlighter dan teknik betul ketika menggunakannya dapat membantu anda mendapatkan solekan yang mewah.