Cinta & Perhubungan

Kenapa Suami Isteri Perlu Ada Masa Untuk Dating Berduaan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kenapa Suami Isteri Perlu Ada Masa Untuk Dating Berduaan

Siapa kata pasangan yang dah berkahwin tak perlu keluar dating?

Tahu tak meskipun kamu dan pasangan telah berkahwin, suami isteri juga perlu keluar meluangkan masa berduaan bersama.

Lagi pun dengan menghabiskan masa berdua-duaan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kamu dan pasangan, bukan itu saja banyak lagi manfaat lain yang kamu dan pasangan akan dapat tatkala keluar dating berdua.

IKLAN

Nak tahu kenapa pasangan suami isteri kena habiskan masa bersama dan keluar dating, jom selidik di bawah.

Komunikasi Sentiasa Terjaga

Foto – Google

Kadang-kala kita sendiri tidak dapat lari dari salah faham dan bergaduh meski ianya isu sekecil zarah sekalipun, tapi dengan keluar dating berdua segala permasalahan dapat diselesaikan tatkala berbual kosong bersama pasangan dan menjernihkan hubungan.

Menjadi Hubungan Makin Intim

Foto – The Washington Post

Tahu tak dengan keluar berduaan bersama pasangan, secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan intim antara kamu dan pasangan.

Tiada yang dapat mengeratkan hubungan dua hati, apabila bahang asmara tetap utuh dan kuat seperti masa mula-mula berkahwin dahulu.

Dapat Melepaskan Stress

Foto – The Independent

Apabila keluar berdua secara tidak langsung kamu dan pasangan dapat meluahkan segala yang terbuku di hati dengan terbuka, dan dalam masa yang sama segala tekanan atau bebanan yang dialami juga dapat dilepaskan semasa menghabiskan masa berdua.

Hadapi Hari Mendatang Dengan Lebih Ceria Dan Mengujakan

Foto – E Harmony

Banyak pasangan yang berkahwin kecundang dipertengahan jalan, dek kerana masing-masing telah berasa bosan dan tiada apa yang menarik dalam perkahwinan.

Tetapi lain pula jadinya bila mana kamu dan pasangan menghadapi hari-hari mendatang dengan lebih ceria, dan mengujakan kerana mengamalkan dating setiap minggu atau dua kali sebulan.

Dan masing-masing bergilir-gilir merancang, menyediakan jadual dan lokasi untuk keluar dating bersama pasangan tercinta.

IKLAN

Menjadi Pasangan Contoh Kepada Anak-Anak

Foto – Elite Daily

Melihat hubungan kamu dan pasangan sentiasa harmoni dan saling memahami antara satu sama yang lain, dengan banyak menghabiskan masa berdua-duaan akan membuatkan kamu dan pasangan merupakan idola buat anak-anak.

Justeru itu, anak-anak akan menyematkan impian untuk miliki hubungan yang harmonis seperti kamu dan pasangan.

Dan mengamalkan cara yang sama seperti kamu dan pasangan iaitu keluar dating berdua-duaan, untuk mengukuhkan lagi hubungan dan perasaan.

Foto – The Independent

Jadi lepas ini jangan segan-silu nak ajak pasangan keluar dating berdua, banyak kebaikan yang kamu dan pasangan akan dapat tatkala menghabiskan masa romantis berdua.

Lagipun mana ada peraturan yang menyatakan orang dah kahwin tak boleh dating betul tak?