Kecantikan

Kayman Beauty Buat Kulit Sihat Dan Glow Dengan Skintella Repairing Serum

Sofie Azizlan
/
[so-fe]
Kayman Beauty Buat Kulit Sihat Dan Glow Dengan Skintella Repairing Serum

Kalau dah ramai bagi feedbacks terhadap produk Kayman Beauty terutamanya Skintella Repairing Serum maksudnya bagus lah kan? Jadi apa istimewanya serum ini?

Foto – Twitter

Skintella Repairing Serum ini adalah serum yang diformulasikan dalam menenangkan dan membaiki kulit dari dalam. Dalam erti kata yang lain, serum ini berfungsi menjadi penghalang secara semula jadi.

Terdiri daripada bahan-bahan seperti Centella Asiatica, serum ini membantu mengurangkan kemerahan, menenangkan kerengsaan dan meningkatkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

IKLAN
Foto – Shutterstock

Serum ini juga membantu dalam menyembuhkan luka-luka di wajah serta mengoptimumkan pemulihan dan keselamatan kulit untuk hasil yang baik dalam tempoh masa yang panjang.

Foto – Arkib Wanista

Penelitian oleh Kayman Beauty dalam menghasilkan serum yang diformulasikan dalam bentuk gel ringan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit yang sangat reaktif dan sensitif.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi alkohol, pewangi, paraben dan bahan kimia membuatkan pengguna berasa yakin dan selamat.

Foto – PhaMix.com

Antara salah satu bahan yang digunakan dalam serum ini adalah Centella Asiatica Leaf Extract atau dikenali sebagai ekstrak daun pegaga.

Fungsi ekstrak ini digunakan dalam produk kecantikan adalah untuk anti-inflammation dan antioksidan. Jadi sangat sesuai lah untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif!

Anda boleh mendapatkan Skintella Repairing Serum ini secara dalam talian di laman web rasmi Kayman Beauty.

Selamat mencuba!

IKLAN