Siri “Emily In Paris” terbukti menjadi hit di Netflix, selepas keluar di laman streaming pada 2 Oktober 2020. Sehingga ke hari ini, siri yang mencuit hati itu menduduki top 10 di Netflix Malaysia.
Selain panorama aesthetic di Kota Paris, himpunan fesyen jalanan yang memukau, chef kacak dan jiran si Emily ini ternyata memikat penonton.
Aktor Dan Model 32 Tahun
Chef Gabriel dimainkan oleh aktor Lucas Bravo bikin penonton wanita dan lelaki cair dengan penampilan yang sedap mata memandang.
- Foto – Arkib Wanista
Lucas Bravo adalah seorang aktor dan model berusia 32 tahun, berasal dari Nice di Selatan Perancis. Bapanya adalah Daniel Bravo, pemain bola sepak profesional Perancis dan ibu pula Eva Bravo, seorang penyanyi.
Juga Seorang Chef
- Foto – Arkib Wanista
Siapa sangka Chef Gabriel ternyata seorang chef di luar. Lucas memberitahu dalam satu wawancara, dia adalah sous chef di sebuah restoran beberapa tahun yang lalu.
“Bila saya mendapat skrip, saya teruja dan akan mempraktikkan kemahiran yang ada.
Muka Penuh Dalam Siri Dan Filem Perancis
Sebelum dilamar sebagai Gabriel, Luca Bravo muncul dalam banyak rancangan TV dan filem berbahasa Perancis. Antaranya watak sebagai Adrien di T.O.C. dan Antoine dalam Smart Ass.
- Foto – Arkib Wanista
Lucas juga muncul dalam banyak kempen iklan berprofil tinggi, termasuk iklan Chanel pada tahun 2017 serta lain-lain.
Boleh Follow Instagram
Tak puas tengok Chef Gabriel, anda boleh mengikuti Lucas di Instagram @lucasnbravo , dan melihat foto-foto ketika dia berambut panjang.
“Emily In Paris’ menceritakan tentang seorang pegawai pemasaran wanita yang bekerja dan tinggal di Paris, tapi (tidak pandai berbahasa Perancis). Ya datang Perancis tapi tak tahu cakap Perancis, agak awkward tapi macam-macam benda best berlaku. Siri ini juga menunjukkan sisi orang Perancis yang cliche (biadap, sensual, perokok tegar, gila fesyen).