Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan PayPal.
Baiklah, PayPal merupakan salah satu pembayaran yang selamat dan diterima di seluruh dunia. Menjadikan PayPal adalah bank online terbesar di dunia untuk mereka yang melakukan transaksi jual beli atas talian di seluruh dunia.
Pembayaran menggunakan PayPal juga lebih cepat. Nak buka akaun PayPal sangat mudah, klik link di sini dan ianya secara percuma. Yang penting, anda mempunyai kad debit atau kredit.
Kalau Tak Log In
Pakar telah mengeluarkan amaran kepada pengguna PayPal mengenai caj tidak aktif, di mana pengguna membayar £12 dari akaun mereka jika tidak log in selama 12 bulan. Ini bermaksud anda akan dikenakan bayaran jika tidak menggunakan akaun PayPal dengan kerap.
Pada asasnya, jika anda menggunakan akaun PayPal seperti biasa setiap tahun, anda berada dalam keadaan yang baik. Caj tidak aktif hanya akan berlaku setelah 12 bulan penuh tanpa digunakan.
Jadi, caj hanya dikenakan sekiranya anda tidak log in, menghantar, atau menerima wang untuk tempoh 12 bulan penuh. Sebaiknya, jika anda tidak mempunyai apa-apa di dalamnya, atau balance negatif, anda tidak akan dikenakan bayaran sama sekali.
Walau bagaimanapun, anda akan menerima mesej amaran sebelum dikenakan bayaran. PayPal mengatakan bahawa anda akan diberi amaran pada 60 hari, 30 hari, dan kemudian satu minggu sebelum caj diberikan.
Untuk info lanjut, boleh semak laman web rasmi mereka. Kesimpulan sebelum nak membuka sesuatu akaun, sila fikirkan pro dan con agar tidak menyusahkan hari kelak.