Review - Makanan

Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Menu Flaming Koli The Chicken Rice Shop, Masakan India Tulen Terbaik!

Terliur betul bila bau Flaming Koli, hidangan baharu dari The Chicken Rice Shop ini. Bau ayam sambal rempah yang memikat ini, memang boleh membuatkan sesiapa saja menghidu aromanya terpikat.

Itu baru dari segi bau, belum lagi cuba rasa keenakan ayam Flaming Koli ini, kalau nak tahu ikuti pengalaman penulis dalam meneroka rahsia menu baharu The Chicken Rice Shop.

IKLAN

Flaming Koli Resepi Tulen Masakan India

Foto – Arkib Wanista

Sempena menyambut perayaan Hari Deepavali pada tahun ini, The Chicken Rice Shop tampil dengan menu sajian asli masyarakat India yang berasaskan rempah ratus tulen yang disediakan khas sempena menyambut Hari Deepavali.

Rasa Pedas Dan Rempah Ratus Yang Memikat

Foto – Arkib Wanista

Bagi penggemar masakan pedas menu Flaming Koli ini pasti kena dengan selera pencinta makanan pedas, kerana ayam Flaming Koli ini tampil dengan rasa kepedasan tulen.

Dan dalam masa yang sama dapat menarik selera perut bagi yang mencubanya, dengan gabungan rempah ratus asli dan resepi masakan India tulen.

Ayam Rempah Sambal Yang Padu

Kenapa dinamakan Flaming Koli? Kalau nak tahu Koli bermaksud ayam dan menu ini bertemakan masakan ayam yang pedas dan padu, sesuailah bagi yang ingin mencari kelainan dalam menu sajian di The Chicken Rice Shop.

Kaki Makanan Pedas Perlu Cuba Menu Baru Ini!

Foto – Arkib Wanista

Penulis yang sememangnya foodie sejati, berasa teruja dengan rasa keunikan sajian masakan India dari The Chicken Rice Shop ini.

Dari segi visual hidangan ini seolah-olah seperti masakan ayam masak kicap, tapi bila diperhatikan betul-betul terdapat gabungan warna hitam rempah dan warna merah sambil menjadikan ia menu lain dari biasa.

Foto – Arkib Wanista

Bau aroma ayam Flaming Koli yang panas-panas, memang memikat deria bau tatkala menghidu masakan ini terhidang di depan mata.

Rasa ayam yang pedas, berempah dan paling penting cukup rasa ini, menjadikan ia menu masakan India yang berbaloi untuk dinikmati tidak kira secara bersendirian, mahupun bersama keluarga atau rakan-rakan.

IKLAN

Tawaran Hidangan Set Flaming Koli Yang Berbaloi

Foto – Arkib Wanista

Di The Chicken Rice Shop tampil dengan set eksklusif Flaming Koli untuk seorang makan, set dua orang makan dan juga set untuk empat orang makan.

Sememangnya hidangan set yang berbaloi dan memuaskan selera, bagi yang bertandang ke The Chicken Rice Shop untuk mencuba hidangan terbaru ini.

Foto – Arkib Wanista

Hidang Set Untuk Seorang RM20.90

  •  2 ketul ayam Flaming Koli
  • Sayur pak choy dengan sos oyster (saiz kecil)
  • 1 pinggan nasi
  • 1 sup

Hidangan Set Untuk Dua Orang RM48.90

  • 2 ketul ayam Flaming Koli
  • Sepinggan hidangan ayam (pilihan ayam dari roasted/steamed/soy souce)
  • Nyonya pai tee (saiz biasa)
  • Sup sai to fish ball (saiz biasa)
  • Sayur pak choy dengan sos oyster / sayur bendi pedas (saiz biasa)
  • 2 pinggan nasi
  • 2 mangkuk sup

Hidangan Set Untuk Empat Orang RM87.90

  • 4 ketul ayam Flaming Koli
  • 1/4 ayam (pilihan ayam dari roasted/steamed/soy souce)
  • Nyonya pai tee (saiz besar)
  • Rojak penang (saiz besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls (3 ketul)
  • Sayur pak choy dengan sos oyster / sayur bendi pedas (saiz besar)
  • 4 pinggan nasi
  • 4 mangkuk sup

Upgrade Menu Kegemaran Dengan Harga Rendah

Foto – Arkib Wanista

Kalau nak tahu bagi yang memilih untuk mengambil mana-mana set Flaming Koli yang penulis senaraikan di atas, boleh meng-upgrade menu ala carte kesukaan yang harga yang lebih rendah dan murah.

Antara menu upgrade yang berbaloi untuk cuba adalah air minuman Tropical Twist dan juga air minuman Berry Jelly Fizz, rasa air minuman yang menyegarkan dan unik ini pasti kena dengan kombinasi hidangan Flaming Koli.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu istimewa sempena Hari Deepavali ini, sehingga 15 November 2020 ini nanti.

Serius tak tak rugi cuba, bagi yang kaki masakan pedas menu Flaming Koli dari The Chicken Rice Shop ini pasti kena dengan citarasa kamu.

Selamat mencuba!