Resepi

Chef Anis Nabilah Ajar Buat Spaghetti Carbonara Stail Asli Itali

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Chef Anis Nabilah Ajar Buat Spaghetti Carbonara Stail Asli Itali

Terasa nak makan Spaghetti Carbonara. Tapi susu atau krim pula tak ada. Macam mana ni?

Jangan risau, Wanista ada resepi paling ringkas, enak serta asli dari Itali. Anda hanya perlukan keju, telur dan air pasta (tanpa krim) untuk mendapatkan sos yang sedap, berkrim dan berperisa.

Chef selebriti yang cantik manis Anis Nabilah berkongsi versinya. Confirm terangkat punya.

IKLAN

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Spaghetti – 160g
  • Beef Bacon – 80g
  • Kuning Telur – 2 butir
  • Keju  Pecorino romano atau Parmesan – 60g
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Masak spaghetti dalam periuk besar yang sudah diletak garam.
  • Sementara itu, potong beef bacon dalam kepingan kecil/besar (ikut tekak) dan goreng dalam kuali. Tambahkan sedikit minyak zaitun.
  • Pukul kuning telur dengan keju dan dua sudu air panas. Masukkan lada hitam.
  • Apabila spaghetti sudah masak, tos dan masukkan ke dalam kuali beef bacon yang digoreng tadi. Angkat kuali dari api dan masukkan kuning telur yang dipukul. Akhir sekali tambah satu sudu besar air rebusan spaghetti untuk hasil yang berkrim.
  • Kacau sebentar dan hidangkan. Tabur keju dan lada hitam.
  • Sedia untuk dimakan panas-panas.

Tips Dari Chef

Carbonara yang sempurna serta asli Itali adalah berkrim, tanpa gumpalan telur di mana kuningnya tidak terlalu mentah dan terlalu cair. Untuk mengawal pembekuan dan suhu yang betul, keluarkan kuali dari api dan tuangkan campuran kuning telur.

Selamat Mencuba!