Makanan

Subway Meat Stack, Sandwich Bajet Edisi Terhad Berbaloi Cuba!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Subway Meat Stack, Sandwich Bajet Edisi Terhad Berbaloi Cuba!

Terliur tengok roti sandwich edisi bajet dan terhad Subway Meat Stack yang baru ini, bukan apa dengan aneka variasi inti yang banyak ini pastinya akan membuatkan sandwich lover terpikat!

Subway Meat Stack Edisi Terhad

Foto – Subway

Peminat Subway bertuah dapat menikmati roti sandwich edisi terhad yang juicy ini, bermula dari 30 September 2020 sehinggalah 5 Januari 2021.

Inti sandwich yang padat, banyak dan dipenuhi dengan aneka variasi daging, akan membuatkan sesiapa saja telan liur dengan menu baru ini.

IKLAN

Inti Juicy, Padat Dan Harga Berbaloi

Foto – Subway

Jangan terkejut apabila ke kaunter Subway dan memilih menu Meat Stack edisi terhad ini dipenuhi dengan pelbagai variasi inti seperti beef salami, chicken strips, beef pepperoni, chicken slice dan aneka sayur-sayuran dan keju yang lazat.

Tampil dengan inti yang juicy dan padat, Subway mengenakan dengan harga sandwich bajet untuk peminat roti sandwich Subway di seluruh negara.

Penggemar Daging Pasti Terpikat Dengan Menu Edisi Terhad Ini

Menu baru Subway kali ini memfokuskan kepada penggemar makanan daging dan menghasilkan menu #subwaymeatstack ini bagi mereka yang cintakan menu daging dan roti sandwich Subway.

Dengan harga makanan yang jamin value-for-money dan kesegaran bahan-bahan, menjadikan menu bajet edisi terhad ini sesuai yang berbaloi untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Nak tahu lebih lanjut mengenai roti sandwich Subway Meat Stack ini, layari laman web Subway di sini dan ikuti Facebook Subway Malaysia di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu terbaru Subway dan promosi akan datang.

Selamat mencuba♥