Hiburan

Netizen Tak Suka Gal Gadot Jadi “Cleopatra” Untuk Filem Baru

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Netizen Tak Suka Gal Gadot Jadi “Cleopatra” Untuk Filem Baru

Gal Gadot sekali lagi tampil dengan watak ikonik selepas Wonder Woman, kali ini sebagai Cleopatra.

Paramount Pictures akan mengeluarkan filem baru “Cleopatra”, dan aktres Gal Gadot akan memainkan peranan sebagai ratu Mesir ikonik itu.

Tapi sayangnya sambutan yang diperoleh selepas pengumuman dibuat tidak positif. Rata-rata warga net memberi reaksi negatif dan tidak bersetuju dengan peranan yang diberikan pada Gal Gadot.

IKLAN

Gal Gadot Asal Israel

Gal Gadot adalah aktres Israel, sementara Cleopatra adalah ratu Mesir. Perbezaan etnik ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan perselisihan.

Topik ini nampaknya sedang rancak di Twitter dengan ramai menyatakan Gal Gadot bukan orang Mesir dan penampilannya langsung tidak menyerupai Cleopatra.

Merupakan orang Israel dengan latar belakang Eropah, Gal Gadot dianggap tidak layak untuk menjadi orang Mesir. Terutama dengan keadaan politik semasa di Mesir dan Israel, makin hangatlah isu ini diperkatakan.

Gal Gadot Tak Peduli Kecaman Netizen

Gal Gadot walau bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap kontroversi itu, tapi hanya tweet tentang kisah Cleopatra akan dikongsi kepada dunia buat pertama kali dari sudut pandangan seorang wanita.

“Saya suka memulakan perjalanan baru, projek baru, keseronokan untuk menghidupkan cerita baru. Cleopatra adalah kisah yang ingin saya ceritakan sejak sekian lama. Terlalu bersyukur dengan pasukan yang saya sertai ini, ” tulis Gal Gadot.

Cleopatra Mesir, Yunani atau Hitam?

Asal usul Cleopatra menjadi keliruan keyboard warrior. Ada cakap Cleopatra bukan orang Mesir, tetapi sebenarnya orang Yunani kerana keturunannya.

Perkara itu diakui oleh penulis skrip yang menyatakan Cleopatra bukan Arab atau Hitam, tetapi orang Yunani Macedonia.

Walaupun banyak sangat suara sumbang, masih ada netizen yang menyokong projek ini dengan mendakwa bahawa pelakon berusia 35 tahun itu sangat sesuai untuk memainkan watak yang disegani itu.

Apa kata anda, okay ke Gal Gadot sebagai Cleopatra?

RUJUKAN