Bila ingin memulakan program diet, salad adalah menu pilihan kebanyakan. Yang ingin menurunkan berat badan atau ingin kekal sihat memilih untuk makan salad saja sebagai menu harian.
Komposisi salad yang terdiri dari sayur atau buah-buahan tentu saja menyihat, menyegar, mengenyang dan melazatkan. Namun, jika kita ambil salad setiap hari apakah ia memberi jaminan terhadap kesihatan. Setiap hari hanya makan sayuran hijau, tubuh tak lemah ke?
Salad Yang Lengkap Nutrisi
Salad disajikan dengan hanya mencampurkan bahan. Bahan-bahan dalam salad terdiri daripada sayur, pasta, kekacang, tuna, salmon, telur, ayam, buah dan banyak lagi.
Kesemua itu akan ditambah salad dressing. Ya, salad dressing adalah bahagian penting dalam salad. Tanpa salad dressing, maka tidak sedaplah salad anda.
- Foto – Arkib Wanista
Tidak hanya sayur dan buah semata, salad juga ada sumber protein, seperti tuna, telur, udang, salmon, ayam, daging. Sos salad yang ditambah merupakan sumber lemak. Salad lengkap biasanya terdiri daripada bahan asas, bahan utama, garnish, dan salad dressing.
- Bahan asas – Digunakan sebagai asas untuk salad. Biasanya dalam bentuk sayur-sayuran hijau.
- Bahan utama – Ini adalah pengisian salad. Biasanya terdiri sayuran hijau, tomato, timun, dan lain-lain. Boleh ditambah telur rebus, tuna, ayam rebus atau panggang, atau kentang.
- Garnish – Ditambahkan untuk menambah rasa, tekstur dan warna. Apa sahaja boleh dijadikan hiasan. Contohnya, ayam bakar pada salad caesar.
- Dresing – Sos untuk memberi rasa pada keseluruhan salad. Dressing boleh berupa mayonis, thousand island, minyak zaitun dan perahan lemon, dressing vinaigrette, dan macam-macam lagi.
Khasiat Makan Salad
Sekiranya salad terdiri dari komposisi yang lengkap, ada sumber karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral, maka salad adalah makanan yang berkhasiat.
- Sumber karbohidrat terdiri daripada kentang, pasta, sayur-sayuran, atau buah-buahan.
- Sumber protein pula didapati pada ikan, ayam, daging, telur.
- Sumber lemak ada dalam salad dressing, seperti mayonis atau minyak.
- Sumber vitamin dan mineral pula terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Foto – Pinterest
Sayur atau buah dalam salad dapat membuat anda kenyang lebih lama, jadi anda akan makan lebih sedikit, dan akhirnya membantu mengurangkan berat badan. Selain itu, sayur dan buah juga mengandungi banyak serat yang dapat membantu menurunkan kolesterol dan juga dapat mencegah sembelit.
Salad yang terdiri daripada sayuran hijau mengandungi banyak antioksidan (dari vitamin C, vitamin E, asam folat, likopen, dan alpha dan beta-karoten). Antioksidan ini dapat membantu melindungi tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Foto – MSN
Jadi jika anda hanya makan salad setiap hari, anda harus perhatikan kandungan nutrien dalam salad agar lengkap nutrisinya.
Selamat Beramal!