Kecantikan

Ini Sebabnya Kenapa Wanita Tak Digalakkan Cukur Bahagian Intim & Ketiak

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ini Sebabnya Kenapa Wanita Tak Digalakkan Cukur Bahagian Intim & Ketiak

“Kenapa pula tak digalakkan cukur bahagian intim dan di ketiak, bukan dalam Islam memang menyuruh menjaga kebersihan diri ke?”

Betul dalam Islam menyuruh menjaga kebersihan diri, tapi tak semestinya kena mencukur, kerana teknik mencukur ini sememangnya tak bagus terutama mencukur di bahagian intim dan ketiak.

Ini sebabnya kenapa mencukur tak bagus untuk wanita.

IKLAN

Membuatkan Kulit Jadi Gelap

Foto – Arkib Wanista

Perasan tak tiap kali mencukur di bahagian intim dan ketiak kedua-dua bahagian ini makin lama makin gelap, ini disebabkan kerana mencukur membuatkan kulit menjadi gelap.

Bulu Jadi Kasar

Foto – Arkib Wanista

Sudahlah kulit jadi gelap, bulu yang tumbuh semula itu juga menjadi kasar dek gara-gara mencukur. Ada yang jenis kulit sensitif bila bulu kasar tumbuh, menyebabkan rasa gatal-gatal di bahagian intim dan ketiak.

Liang Pori Terbuka

Foto – Arkib Wanista

Pernah tak kamu terfikir kenapa kawasan yang tak sepatutnya ada bulu boleh tumbuh bulu pula, seperti di kawasan perut, celah kangkang dan sekitar bawah ketiak.

Hal ini berlaku kerana semasa kamu mencukur, kamu turut mencukur kawasan yang tak ada bulu dan menyebabkan pisau cukur membuka liang pori pada permukaan kulit.

Lalu menyebabkan pertumbuhan bulu di kawasan yang tercukur itu, sebab itu jangan sembarangan cukur di bahagian intim dan ketiak kerana kamu sendiri tidak sedar sudah tersalah cukur di tempat tak sepatutnya.

Kulit Jadi Kering

Foto – Arkib Wanista

Selain itu, mencukur juga menyebabkan kulit jadi cepat kering dan kasar oleh itu bagi menjaga kulit agar tidak menjadi lebih kasar seperti sekarang ini.

Sebaiknya kamu berhenti mencukur atau guna kaedah lain, untuk membersihkan bahagian intim dan ketiak.

IKLAN

Gunting Bulu Lagi Bagus

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang tak mahu kulit di bahagian intim dan ketiak menjadi lebih gelap, bulu dan kulit jadi kasar, cara lain yang boleh kamu guna adalah memotong bulu rambut.

Memotong bulu rambut dengan cara mengunting, merupakan kaedah baik yang boleh kamu lakukan. Lagipun gunting kecil sudah cukup, untuk kamu gunakan bagi membersihkan bahagian intim dan juga ketiak.

Jadi bagi mengelakkan kawasan intim dan ketiak jadi lebih gelap dan kasar, berhenti mencukur dan gantikan dengan memotong bulu menggunakan gunting bagi membersihkan diri.