Kesihatan

Ketahui Komplikasi Yang Akan Terjadi Bila Diabetes Menyerang Tubuh

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Ketahui Komplikasi Yang Akan Terjadi Bila Diabetes Menyerang Tubuh

Masyarakat Malaysia hari ini ramai yang ambil mudah tentang kesihatan. Penyakit Diabetes umumnya ada pembunuh senyap yang bisa merosakkan kehidupan si penghidapnya.

Menurut laporan New Straits Times, Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan bahawa seorang dari lima individu dewasa di Malaysia merupakan penghidap Diabetes.

Untuk makluman semua, Diabetes bukan sahaja boleh menganggu pengambilan makan dan minum semata tetapi terdapat banyak komplikasi lain dan ini termasuklah:

IKLAN

Penyakit Jantung & Darah

Diabetes akan meningkatkan pelbagai masalah kardiovaskular termasuklah masalah saluran jantung tersumbat yang turut menyebabkan kesakitan dada, serangan jantung, strok dan tekanan darah.

Kerosakan Saraf

Pengambilan gula berlebihan akan merosakkan dinding saluran darah terutamanya saraf di bahagian kaki. Ini turut menyebabkan rasa kebas, sengal dan rasa panas. Oleh itu, apabila seseorang tidak menjaga kadar gula dalam badan akan membuatkan si penghidap kehilangan deria rasa sentuhan.

Kerosakan Buah Pinggang

Buah pingang memiliki banyak saluran darah kecil, Diabetes akan menyebabkan sistem penapis dalam saluran darah tadi rosak lalu terjadinya masalah buah pinggang.

Kerosakan Mata

Selain merosakkan saluran darah dalam jantung dan buah pinggang, Diabetes turut menjejaskan penglihatan sehingga penghidap bisa menjadi buta. Ini termasuklah risiko terkena penyakit mata seperti katarak dan glaucoma.

Hati-hati dan jagalah pemakanan terutamanya pengambilan gula hari ini.

RUJUKAN