Hiburan

Anak Perempuan Aishwarya Rai ‘Copy Paste’ Wajahnya

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Anak Perempuan Aishwarya Rai ‘Copy Paste’ Wajahnya

Superstar Aishwarya Rai dan puterinya Aaradhya sentiasa dilihat berdua. Ibu-anak ini memang langsung tak boleh berpisah, sampaikan ada gelaran ‘cutest mother-daughter duo’ hanya untuk mereka berdua saja.

Tidak dinafikan penangan duo ini sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera. Sama ada menghadiri majlis di India atau hanya di jalanan, Aishwarya dan Aaradhya dilihat sentiasa bergambar dengan cantik dan tenang sekali.

Lagak Aaradhya di depan kamera juga bagaikan profesional, seperti sudah dilatih sejak azali lagi. Hebat kalau posing.

IKLAN

100% Copycat Aishwarya Rai

Paling ketara bila ibu-anak ini mencuri perhatian di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Gambar mereka berdua tular di media sosial, dan rata-rata netizen suka melihat kemesraan hubungan ibu dan anak.

Tak juga yang mengakui betapa serupanya mereka berdua, Aaradhya 100% copycat ibunya itu.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Aaradhya Macam Blackpink Lisa

Tapi ada juga peminat khususnya peminat K-Pop mengatakan si comel ini iras Blackpink Lisa. Hal ini kerana Aradhya Bachchan mempunyai rupa paras mirip anggota kumpulan K-Pop terkemuka Blackpink, Lisa.

Sampaikan ada netizen menggelar anak gadis yang berumur lapan tahun itu sebagai ‘Young Lisa’.

Yeke ada iras? Mungkin pada senyuman, rambut bangs, mata dan pipi montel mereka.