Wanita di seluruh dunia mempunyai petua tersendiri bila bicara bab penjagaan rambut. Sama ada diperturunkan ke setiap generasi atau rawatan moden, setiap satunya tidak rugi untuk dicuba. Malah, ada setengah memang diakui keberkesanannya.
Ini Wanista kongsikan beberapa petua dari setiap negara boleh kita cuba untuk mendapatkan rambut sihat, cantik, lembut dan berkilat. Ala-ala rambut artis yang sentiasa glamor.
Colombia: Pupur Avokado
- Foto – Arkib Wanista
Dua putih telur dicampur bersama avokado yang telah dilenyek. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan bersih dan sapukan pelembap. Ia cara cepat, murah dan semula jadi untuk melembutkan rambut.
Argentina: Hidrat Dengan Aloe Vera
- Foto – Wonderlist
Wanita di Argentina menggemari rambut panjang yang menyerlahkan sisi sensual dan glamor. Bagi memastikan ia terus panjang dan terbentuk cantik, aloe vera disapukan terus atau ditambah ke dalam syampu.
Guyana: Sardin Untuk Rambut Kilat
- Foto – Arkib Wanista
Sardin diketahui mengandungi sumber Omega-3 dan pengambilannya akan buatkan rambut tumbuh dengan cepat dan sihat. Penyanyi Leona Lewis antara yang mengamalkannya dan lihat saja rambutnya, cantik!
Perancis: Lembapkan Ketika Tidur
- Foto – Cult Beauty
Overnight treatment masks sangat popular di sini. Bagi menambahkan lembapan, kebanyakan wanita menambah mentega pada kulit rambut pada petang sebelum mencuci rambut dengan syampu.
Brazil: Temu Janji Di Salon
- Foto – Mid-Day
Jangan gelar mereka high-maintenance. Mereka sukakan penampilan glamor seperti Sophia Loren, jadi mereka akan membuat temu janji di salun sekali seminggu bagi mengekalkan kecantikan rambut.
Itali: Minyak Zaitun
- Foto – Quora
Di sesetengah tempat, ada keluarga memperturunkan petua minyak zaitun untuk kesihatan rambut. Sapuan satu sudu minyak ini sekali seminggu sudah bagus untuk membantu melembap, melembut dan memperbaiki keadaan rambut.
Romania: Perapi Rambut
- Foto – Quora
Mahu rambut cantik berkilat seperti orang Romania? Tambahkan satu sudu madu ke dalam perapi. Apabila digunakan, ia akan menghasilkan rambut yang lebih cantik, berkilau dan warnanya juga tambah menarik.
Kanada: Mudah Berombak
- Foto – Vancouver
Dapatkan rambut beralun ketika tidur! Basuh rambut pada waktu malam, biarkan ia kering dalam 80 peratus. Kemudian ikat tocang dua dan bawa ia ke bahagian tepi bahu. Pagi esoknya, leraikan tocang itu dengan jari. Hasilnya akan nampak begitu semula jadi.
Selamat Beramal!