Kalau di Malaysia menu sarapan pagi yang popular, sedap dan digemari ramai pastinya nasi lemak, mihun goreng, mee goreng, dan roti canai.
Tapi bagaimana pula dengan menu sarapan di negara-negara lain ya? Jom ikuti penulis menjelajah setiap negara, dan meneroka menu sarapan pagi mereka yang lazat dan menyelerakan.
#1 Syria – Mrabba Al-Qare’e Al-Mabshour
Merupakan jam buah labu yang di makan bersama roti leper, cheese dan tartar, sambil menikmati air teh panas.
- Foto – Arkib Wanista
#2 Egypt – Ful Mudammas
Merupakan masakan kacang yang di stew dan di makan bersama roti pita atau roti biasa.
- Foto – Arkib Wanista
#3 Ethiopia – Fatira
Merupakan roti goreng yang dimasak menggunakan tepung pancake, biasanya di makan bersama telur hancur, madu atau kedua-duanya sekali.
- Foto – Arkib Wanista
#4 Madagascar – Mofo Gasy
Merupakan bebola pancake manis yang sering di makan sewaktu sarapan, sambil menghirup air jus, kopi atau teh panas.
- Foto – Arkib Wanista
#5 Kanada – Full Platter
Yang merangkumi bacon, telur goreng, sosej, pancake, roti bakar bersama sirup dan cereals.
- Foto – Arkib Wanista
#6 China – Rice Noodle Soup
Di China sarapan paling popular adalah rice noodle soup buatan tangan, menjadi pilihan ramai. Aneka jenis mee sup terhidang di kedai-kedai sebagai sarapan pagi.
- Foto – Arkib Wanista
#7 Laos – Khao Piak Khao
Merupakan bubur nasi ayam yang pekat dan mengandungi ketulan bahagian ayam, topping bubur pula datang dengan pelbagai variasi, ada yang letak telur separuh masak, daun bawang, hirisan ayam dan bawang goreng.
- Foto -Arkib Wanista
Menarik melihat menu sarapan pagi setiap negara ini, membuatkan diri terliur. Setiap negara mempunyai menu sarapan yang unik dan lain dari lain.
Kalau ada yang berjalan ke negara-negara yang penulis di atas, jangan ketinggalan untuk merasa menu sarapan pagi mereka ya.