Kesihatan

Ini Sebabnya Kenapa Mengurut Kampung Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ini Sebabnya Kenapa Mengurut Kampung Bagus Untuk Kesihatan Wanita

“Kenapalah badan selalu sangat rasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal, walhal dah sapu minyak panas tak kan tak boleh legakan rasa lenguh dan sengal otot?”

Tahu tak sebenarnya lagi bagus hilangkan rasa sengal, lenguh-lenguh dan sakit badan yang dirasai dengan mendapatkan perkhidmatan mengurut kampung.

Mengurut kampung secara tradisional bagus untuk kesihatan wanita, nak tahu apa lagi kebaikan mengurut kampung jom lihat di bawah.

IKLAN

Meningkatkan Pengaliran Darah

Foto – Daily Mail

Tahu tak sebenarnya perjalanan darah yang tersekat itulah yang membuatkan diri kita berasa lenguh-lenguh, sengal badan dan berasa sakit bahagian tertentu badan.

Tapi dengan melakukan urutan kampung, perjalanan darah yang tersekat itu boleh dilancarkan dan dalam masa yang sama dengan mengurut pengaliran darah juga boleh meningkat.

Dapat Membaiki Sistem Pernafasan

Foto – Google

Bukan itu saja, dengan melakukan urusan kampung ini juga dapat membaiki sistem pernafasan wanita dengan baik dan lancar.

Dengan mengurut oksigen dalam darah dapat disalurkan ke seluruh tubuh otak dan badan dengan lebih lancar serta sekaligus membuatkan tubuh menjadi segar.

Melegakan Tekanan

Foto – Urban Retreat Spa

Dengan mengurut kampung, tubuh yang merasa lesu, tegang, kebas dan berasa tertekan dapat dilegakan menerusi urutan tradisional ini.

Membuang Angin Dalam Badan

Foto – Urban Sports Club

Urutan kampung juga terkenal dengan kebolehan membuang angin dalam badan, yang selalu menyebabkan tubuh berasa berbisa dan sakit badan.

Jadi bagi mana-mana yang ingin membuang angin dalam badan, kebanyakannya akan mendapatkan perkhidmatan urutan kampung tradisional dengan tukang urut yang berpengalaman.

IKLAN

Dapat Menaikkan Dan Membetulkan Rahim

Foto – Google

Bagi wanita yang bersalin, penting untuk ibu-ibu yang telah habis berpantang melakukan urutan kampung bagi menaikkan semula rahim yang telah jatuh selepas melahirkan anak.

Selain itu, dengan mengurut cara kampung ini juga dapat membetulkan semula kedudukan rahim dan membetulkan urat-urat yang tegang selepas bersalin.

Jadi bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan luar dan dalam, bolehlah cuba melakukan urutan kampung ini. Bukan saja tubuh menjadi sihat dan segar, malah dalaman diri juga lebih bertenaga dan terjaga.

Rujukan: 1, 2,