Ada orang sehari tak makan nasi rasa lemah tak bertenaga.
Kita sedia maklum nasi merupakan makanan ruji yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Walaupun karbohidrat dalam beras penting untuk tubuh badan bagi bekalan tenaga namun pengambilan nasi putih yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang tinggi.
Disebabkan itu, anda disyorkan bertukar ke Beras Merah Primera. Apa kebaikan beras merah Primera berbanding beras lain?
Nilai Indeks Glisemik (GI)
Beras Primera mempunyai nilai indeks glisemik (GI) yang rendah, tinggi serat dan kaya dengan kandungan antioksidan.
Ia dihasilkan melalui biakbaka konvensional yang melibatkan pendebungaan terkawal antara kultivar padi Malaysia, MR219 dan varieti padi liar oryza rufipogon.
- Foto – Arkib Wanista
Menurut Prof Dr. Wickneswari Ratnam, pakar Genetik Tumbuhan dan Bioteknologi dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, nilai GI menunjukkan keupayaan relatif kandungan karbohidrat dalam makanan meningkatkan kadar glukosa dalam darah.
Dengan kata lain, GI adalah sistem pengukuran yang diberikan kepada makanan untuk menggambarkan seberapa cepat karbohidrat dicerna dan diserap ke dalam saluran darah.
- Foto – Arkib Wanista
Makanan dengan nilai GI yang rendah akan dicerna secara perlahan menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah menjadi perlahan dan stabil seterusnya mengurangkan risiko menghidapi diabetes.
Dengan nilai GI 46, beras Primera yang juga dikenali sebagai UKMRC-9 diklasifikasikan sebagai makanan rendah GI. Oleh kerana makanan yang rendah nilai GI lambat dicerna oleh tubuh, mengambilnya pada sukatan yang sihat boleh menjadikan anda berasa kenyang dan mengelakkan rasa cepat lapar.
Rasanya Yang Enak Dimakan
Beras merah membekalkan antosianin, sejenis antioksida yang melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas dan boleh membantu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Ia juga enak dimakan dan mempunyai sedikit rasa kekacang. Secawan beras Primera yang dimasak dalam dua setengah cawan air akan menghasilkan nasi merah yang mempunyai rasa kekacang dan sesuai dimakan dengan pelbagai lauk seperti rendang, sup, kari dan sayur tumis.
- Foto – Arkib Wanista
Tekstur nasi yang sedikit kenyal menambah kenikmatan pada makanan anda. Nasi ini bukan hanya enak dinikmati sebagai nasi biasa, tetapi juga amat sesuai di masak sebagai nasi lemak, nasi pilaf, nasi goreng dan juga salad.
Anda boleh dapatkan beras merah Primera di pasaraya terpilih seperti Tesco, AEON Big, MyDin, The Store, Village Grocer, Giant, dan juga di platform atas talian seperti Lazada, Shoppee dan Presto Mall.