Kecantikan

Kurangnya Vitamin D Punca Kulit Wajah Breakout

Malisa Aina
/
call me Lisa and i'm just a simple girl
Kurangnya Vitamin D Punca Kulit Wajah Breakout

Duduk bekerja di rumah pun kulit wajah boleh breakout. Aduh stress betul!

Ini berpunca daripada kekurangannya vitamin D dalam tubuh badan. Bila kita kurang terdedah kepada sumber vitamin D terbesar matahari maka otot terasa lemah, kemurungan, emosi tidak menentu, rasa mengantuk dan stamina merosot.

Keadaan ini membuatkan kamu bertambah stress. Dan stress memberi kesan pada tubuh badan, dan wajah.

IKLAN

Bila Vitamin D Kurang

Apabila tubuh kamu stress, ia akan mengeluarkan kortisol – apabila kortisol tinggi, pengeluaran oestrogen akan rendah.

Foto – Muscle

Disebabkan oestrogen kita menurun, maka androgen kamu (hormon seks lelaki) manjadi banyak dan ia akan menghantar kelenjar sebaceous yang menghasilkan banyak minyak. Pori-pori tidak boleh mempunyai bebanan kotoran yang akan menyebabkan ia menghasilkan tompok.

Vitamin D penting untuk membina sel dan apabila kita tidak boleh selalu keluar rumah, maka ia akan menjadi terbantut. Vitamin D memainkan peranan penting untuk mengurangkan keradangan kulit di mana ia boleh mengelak break out.

Bagaimana Nak Atasi

Nak atasi stress, kamu perlu mengamalkan makanan yang sihat. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan kamu supaya membuat sesuatu yang bagus untuk tubuh.

Foto – UW Medicine

Bagi penjagaan diet, lebih baik kamu ambil kandungan diet kaya nutrisi. Makanan seperti lemak ikan, keju, telur dan cendawan adalah salah satu alternatif yang boleh kamu ambil untuk menambah kandungan Vitamin D selain keluar dari rumah, atau makan supplement Vitamin D yang disahkan KKM.

Semestinya penting untuk kamu melakukan rutin penjagaan wajah. Even duduk di rumah, bukan alasan kamu untuk bermalasan. Mencuci, skrub, melembap dan guna SPF apabila berjalan di luar kawasan kediaman. Ingat, walaupun tidak pakai mekap, kulit kamu tetap akan mengumpul peluh, sebum dan kotoran sepanjang hari.

Selamat Beramal!

IKLAN