Isu sindiket wang terbesar di Malaysia iaitu ‘Macau Scammer’ ini, akhirnya tumpas jua di tangan pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dengan penangkapan bos besar sindiket ‘Macau Scam’ iaitu Datuk Addy Kanna dan Datin Alya Suhaila, netizen berharap kes sindiket penipuan wang ini diadili dengan telus kerana telah ramai orang menjadi mangsa sindiket scam ini.
Macau Scam Melayu Terbesar
- Foto – Arkib Wanista
Macau scam yang diketuai oleh Datuk Addy Kanna dan isterinya Datin Alya Suhaila ini, telah menelan jutaan dan ribuan duit mangsa.
Dan yang pastinya ianya bukan ‘hasil tangan’ mereka berdua sahaja kerana menurut yang dilaporkan oleh Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima individu termasuk ahli perniagaan yang berpangkat terlibat dalam kes sindiket ini.
Markas Utama Macau Scam Di Safe House
Berdasarkan perkongsian dari laman facebook Borneo, Datuk Addy Kanna dan isterinya Datin Alya Suhaila bermula dengan membuka kelab malam di Jalan P Ramlee dan Safe House di alamat 107, Jalan U-Thant.
Dikatakan Safe House yang terletak di Jalan U-Thant ini, merupakan markas pusat operasi kaki-kaki scammer dalam sindiket ‘Macau Scam’ Malaysia.
Guna VOIP Tipu Wang Mangsa
- Foto – Google
Cara modus operandi ‘Macau Scam’ ini adalah dengan menyewa talian VOIP atau Voice Over Internet Protocol, yang merupakan servis perkhidmatan telefon menerusi internet dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Scammer akan menelefon mangsa dengan menyamar sebagai pegawai kastam, pihak polis, dan panggilan dari mahkamah bagi menipu wang mangsa.
Apabila mangsa menjawab panggilan telefon, si mangsa akan mendapat satu arahan dari mesin operator yang kemudiannya disambungkan kepada talian telefon scammer.
Dari situ scammer akan berdialog dengan si mangsa untuk mengeluarkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan oleh scammer.
Big Bos Macau Scam Malaysia, Cuma keldai Yang Digunakan
- Foto – Arkib Wanista
Meski ketua sindiket ‘Macau Scam’ Malaysia ini telah ditangkap, tetapi pihak berkuasa percaya individu yang ditangkap ini bukanlah dalang utama.
Menurut petikan dari Berita Harian, suspek utama bagi sindiket kes ‘Macau Scam’ ini dipercayai merupakan rakyat China, suspek tersebut menggunakan ‘ejen’ di Malaysia bagi menguruskan wang pelaburan termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform wang cuci duit haram ini.
Macau Scam Labur Dalam Perniagaan Artis Tempatan Dan Ahli Perniagaan
- Foto – Arkib Wanista
Antara kenapa ramai artis mahupun orang biasa yang terpedaya dengan ‘Macau Scam’ ini adalah kerana, kaki-kaki Macau Scam ini melabur berbilion-bilion ringgit dalam perniagaan artis dan ahli perniagaan.
Dengan pelaburan wang yang sangat banyak, tidak hairanlah perniagaan yang kecil dan biasa boleh menjadi maju dan berjaya dengan hasil wang cuci duit haram ini.
Artis Dan Ahli Perniagaan, Rakan Kongsi Atau Mangsa?
Ekoran penangkapan beberapa individu yang terdiri dari ahli perniagaan, SPRM juga telah memanggil pasangan selebriti dan usahawan selebriti yang terlibat dalam kes sindiket ‘Macau Scam’ bagi membantu siasatan.
Di harap pihak berkuasa dapat menumpaskan sindiket ‘Macau Scam’ ini habis-habisan dan memberi keadilan bagi rakyat Malaysia yang tertipu dengan sindiket penipuan wang ini.